Iklankan di sini

Berani VS Malu??

Assalamualaikum!

Dear friends.. lama dah isu 'berani vs malu' ni menari nari dalam minda saya.. pernah jgk tanya ayah bab ni tp masa tu ayah tgh bz.. so explaination ayah kurang difahami...hehe..sory ayah..nanti balik kita blh discuss lagi insyaAllah.. hmm.. ada apa dgn malu dan berani ni?

Persoalannya, adakah perlu buang perasaan malu untuk jadi berani.. Sebabnya, ada sesetengah program2 motivasi yang nak tingkatkan keyakinan diri @ keberanian peserta, depa akan cuba hilangkan perasaan malu dulu. Contohnya, buat modul yang bercampur2 antara L n P...

Eg: Salah satu modul dr satu program motivasi: L n P kena duduk btentangan, pandang mata masing2 selama 3 minit. Refleksinye: tambahkan keyakinan sesama peserta, dan menjadikan peserta lebih berani...Maka bg depa bila hilang perasaan malu sesama L n P, keyakinan diri @ keberanian tu dpt la dipupuk....

Saya jd musykil.... rasanya, untuk berani tak perlu la di langkaui batas2 malu tu.. Berani bertanya, mengeluarkan pendapat, menjawab soalan, mencuba.... sume tu tak memerlukan kita utk hilangkan rasa malu...

Sebab apa? sebab bg saya malu itu perisai diri. Pada malu tu terletaknya maruah seseorang. tgk je la umat manusia sekarang... perasaan malu makin lama makin terhakis.. Bg mereka malu tu perlu di buang! Sbb kalau malu2 sgt nnt tak leh maju, you know!

عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا
شِئْتَ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)



Malu adalah sifat para Nabi.. Malu adalah benteng kpd maksiat.. Jadi kenapa perlu dibuang malu tu?? ~sigh~

TAPI... yang turut menjadi kemusykilan saya ialah sifat malu yang tak bertempat.. i dont want to point aybody... sume ni jadi kat saya sendiri..Bila saya tgk dlm meeting biasanya sisters prefer not to give opinion, takut bg pendapat, katanya malu................ Tapi bila di belakang, bunyi la suara pssst psssst....(tak setuju la!!mana blh macam ni...ada ke shbt ni....errr....) hmmmm.. So 'ke tak setujuan' mereka tu skadar jadi angin2 sepoi2 bahasa dr belakang bilik meeting yg tak memberi ape2 kesan pun pd hasil perbincangan..

Sifat2 ni ada jgk pd saya...tak dinafikan. tapi bila difikir2 balik, masalah takkan selesai kalau terus mcm ni.. Jadi, pesanan utk saya dan yg membaca, tak kira kita di mana.. dalam kelas, meeting, perbincangan, etc.... ayuh beranikan diri utk suarakan pendapat. takut silap? org gelakkan? malu?? PEDULIKAN!

Kata lecturer saya, biar malu masa belajar ni, biar silap sekarang, biar diketawakan sekarang.. Drpd malu masa kamu dah keluar pd masyarakat dan bekerja nnt. Masa belajar mmg masa utk buat kesilapan.. in a sense that.. kesilapan2 yg kita tak sedar la...

Especially to my dearest sisters... Bila kita bersuara, bukan maknanya kita tak malu..
Rasalah 'izzah dgn pendapat dan pandangan kita sendiri...heheee...Mana la tau kot2 pandangan kita tu adalah pandangan yang terbaik kan..

Wallahua'lam...

Jadi jagalah malu kita kerana malu dapat memelihara maruah dan peribadi Muslim sebenar..
And at the same time, beranilah melakukan sesuatu selagi ia tak bertentangan dengan agama..

'Malu yang sebenar islah malu melakukan kejahatan, dan malu yang tercela ialah malu untuk melakukan kebaikan'

Renung2kan...dan selamat beramal!



~~ 2 assignments to be submitted and 1 presentation next week!
~~kakak will come dis friday! yippie!! jalan2 cari makan n lepas rinduuu....
~~EAP oh EAP... May Allah give me idea yg mencurah2 utk ditumpahkan atas term paper
EAP ni... ameen!!

~~Final exam dah tak sampai sebulan!!

Allahumma la sahla illa maa ja'altahu sahla.. Wa anta taj'alul huzna idha shi'ta sahla
Fayassirlana umurana.. Wakhtimlana bissa'aadati... Ameen Ya Rabb!


Semoga Allah terus SAYANG saya, kamu dan kita...

No comments