Iklankan di sini

1 2 3 I l0ve....

Assalamualaikum

Perkataan "homesick" amat sinonim dengan para pelajar tidak kira dari bangku sekolah hinggalah ke Institut Pengajian Tinggi. Lebih-lebih lagi jika anda seorang anak perempuan yang manja dan rapat dengan keluarga.

Apa itu 'homesick' ? Secara teknikalnya, ia didefinisikan sebagai -   the distress or impairment caused by an actual or anticipated separation from the specific home environment or attachment objects. [dictionary]

Secara amnya, rasa rindu dan terpisah daripada keluarga dan kampung halaman. Kadang-kadang boleh membawa kemurungan. Hal inilah yang saya alami. Sejak mula terpisah dengan mak dan ayah apabila memasuki matrikulasi, seterusnya ke Universiti Islam Antarabangsa untuk ijazah hinggalah ke peringkat master ini. Aneh. Perasaan ini mengikut saya setiap kali jauh dari rumah. Jadi, bagaimana meneutralkan perasaan ini supaya tidak mengganggu emosi?


Teringat masa saya mula-mula masuk asrama, setiap kali mandi mesti menangis rindukan mak. Air mata sama-sama turun dengan air shower. 

Teringat satu post saya di blog lama saya. Dah lama, mungkin dua tahun yang lepas. Saya kira baik saya kongsikan dengan pesakit-pesakit homesick yang lain bagi muhasabah tentang perkara ini. Semoga ada kebaikan di dalamnya. Saya edit semula tulisan lama, memberi nafas yang lebih matang sedikit dari dulu. =)

----------------------------------------------------

1 2 3,  I Love .......

One one one ... I love Allah,
Two two two ... I love Rasulullah,
Three three three ... I love father mother,
One two three I love altogether....
Satu satu .. saya sayang ALlah,
Dua dua ... sayang Rasulullah,
Tiga tiga .. sayang ibu ayah, 
Satu dua tiga sayang semuanya..






















Sejak kecil lagu ini bermain di bibir. Tidak kira versi Bahasa Melayu mahupun English. Lagu yang baik sebenarnya. Sungguh, Allah s.w.t. Tuhan yang perlu diletakkan di tempat paling hadapan dalam hidup seorang hamba. Sekiranya terpaksa memilih antara keredhaan Allah dan restu orang tua, maka Allahlah yang harus datang dahulu dalam pilihan kita. Mencintai yang lain tidak harus lebih daripada cinta kepadaNya Yang Satu.


Sebagai Muslim, ya, kita kata kita sayangkan Allah. Kerana Allah Maha Mencintai hambaNya. Namun dari segi praktikalnya, benarkah hati kita rasa begitu? Saya menyedari hal ini apabila suatu ketika bonda saya sakit dan dimasukkan ke hospital kerana sedikit masalah jantung. Hanya Allah yang tahu betapa cemas dan seram sejuk perasaan saya ketika itu. Tidak tahu menggambarkan bagaimana seandainya mak saya pergi. Jika difikir-fikir bagaimana hidup ini tanpa mak dan ayah, mungkin boleh jadi penyakit emosi dan mental, na'uzubillah.Tetapi mati itu pasti.


Kisahnya, saya sedikit jauh hati dengan kakak sebab tidak maklumkan pada saya yang bonda saya dimasukkan ke hospital, alasannya tidak mahu mengganggu fokus belajar. Lagipun katanya, tidaklah teruk mana. Masa itu memang rasa tidak puas hati, sebab saya fikir apa akan jadi andainya saya tidak sempat bertemu lagi dengan mak. Selepas mak keluar hospital, barulah mak hubungi saya dan katanya sudah sihat. 
Saya beritahu mak perasaan saya, mempersoalkan kenapa tidak maklumkan keadaannya yang sakit. Bagaimana kalau saya tidak sempat menatap mak jika berlaku apa-apa nanti?

Dan lumrahnya seorang mak, dia berkata, mati itu pasti. jadi anak-anak kena belajar dari sekarang. Kena terima kenyataan. Bukan semata-mata bersedih. Tetapi kena bersedia menghadapi kematian. Bersedia dari segi amalan yang nak dibawa, dan dosa-dosa yang belum terhapus dengan taubat nasuha. Kematian bukan untuk ditakuti, tetapi untuk dihadapi dengan takwa.


Nah, disinilah datangnya lagu 1 2 3 I love tadi.bSayang kita pada Allah haruslah melebihi sayang kita pada mak dan ayah kita. Tetapi adakah kita takut kehilangan Allah seperti kita kehilangan mak dan ayah? Akah kita peduli bagaimana perhatian dan pandangan Allah, melebihi perhatian dan pandangan ibubapa kita?

Seharusnya kita takut kehilangan rahmat, kasih sayang dan redha Allah s.w.t., dengan sedikitnya amalan kita, dengan juahnya kita dari Allah s.w.t., dengan ingkarnya kita terhadap perintah Allah s.w.t. Hanya itu sahaja yang menjamin kebahagiaan kita di dunia dan akhirat nanti. Adanya kasih Allah, maka akan adalah kasih sayang ibu bapa. Bukan setakat bahagia di dunia, malah harapannya agar akan kekal hidup bersama ibu bapa dan keluarga di syurga yang pasti kekal nanti.

Akhirnya, sama-samalah kita memperbaiki diri dan hati, agar kita jauh dari murka Allah s.w.t. Agar cinta Allah s.w.t. berada di tempat teratas dalam hati kita. Supaya nanti Allah s.w.t. juga melimpahkan cinta dan rahmat Allah s.w.t.

Wallahua'lam.

No comments