Iklankan di sini

Islam Itu Indah

Assalamualaikum!

Buat adik tersayang yang minta pendapat tentang persoalan ni. ini yang akak mampu beri.. Harap memadai ye dik.. ^_____~ Apa2 pun, Allah lebih tau..

SITUASI DI DALAM BILIK KULIAH...

"Su,nak tanya sikit..."tegur Syafiqah akan Suhaila yang sedang khusyuk mentelaah.

"Jap,jap,lagi sikit ni...,oookeehhh..kholas.Alhamdulillah.ermm...nape Fiqah?"balas Suhaila dan terus fokus pada soalan sahabat disebelahnya tadi.

"Apa hukum couple ek?"tanya Syafiqah inginkan kepastian.

"Senang je,HARAM..."jawab Suhaila selamba.

"erk..kenape?"tanya Syafiqah lagi betul-betul ingin tahu.

"Sebab ia menghampiri zina...Allah dah tegaskan dalam al-Qur'an "La taqrabu zina"..Jangan dekati zina.Nak dekat pun tak boleh sis,ni nak couple,huhu bahaya-bahaya...Allah cipta kita,dia tahu kelemahan kita.Ha,lagi-lagi kita ni,ambik kos agama,kena la tunjuk contoh yang baik...Jangan terikut sangat dengan arus dunia ni,biar orang cakap kita 'orang kampung' ke, 'kuno' ke...pandangan Allah..."tiba-tiba kata-kata Suhaila dipotong teman sekelas yang lain,Husna.

"Kos agama pun manusia juga,ada perasaan..."celah Husna kurang setuju dengan pendapat Suhaila tadi.

http://wardatulshawqah.blogspot.com/2010/04/hajat-pandangan-semua.html


Sedikit jawapan dari diri saya yg lemah..

Pertamanya, walaupun kos kita berlainan, tapi kita tetap pegang pd aqidah yg satu.. Islam itu indah.. Allah dan Islam sangat memahami hati wanita. Lembut, halus, mudah jatuh cinta, nak ada orang sayang, suka perhatian..... Sebab tu lah, Islam menggariskan beberapa panduan pergaulan untuk dijadikan benteng buat wanita.. Wanita solehah yang ingin memelihara maruah dan kehormatan diri.. Islam agama yang memahami fitrah manusia.

"kos agama pun manusia juga, ada perasaan.."

Islam tak pernah menafikan perasaan atau emosi manusia. Malah untuk memelihara dan tak merosakkan perasaan tu lah Islam meletakkan supaya berjaga2 dalam perhubungan.

Kenapa tak boleh couple?

Pertamanya memang Allah melarang sebarang hubungan yang blh mendekati zina. Apa pun alasan yang diberi

- Kami SMS je, tentang hal-hal yang mengingatkan pada Allah..
- Kami SMS je, tak jumpa pun..
- Kami jumpa je, tak pegang pun..
- Kami pegang je, tak zina pun..

Nauzubillah!
Bagi yang memahami mengapa Allah menggariskan batasan2 perhubungan, maka turutilah. Kerana akibatnya hanya ALlah yang tahu kenapa Dia meletakkan sesuatu hukum. Tindakan berjaga2 sangat perlu, kerana syaitan akan cuba melalui semua lubang yang ada untuk masuk ke hati dan kacau nafsu kita.

Balik kepada kenapa tak boleh couple, saya tak pandai mengeluarkan hujah dengan ayat-ayat Quran atau hadith. Walaupun kita tahu, dalil2nya sudah jelas.

Cuma apa yang boleh saya beri sebagai jawapan buat adik tersayang, sedikit cerita dan pengalaman peribadi tentang apa yang saya rasa tentang couple dan cinta..

Pertamanya tentang pergaulan. Dari awalnya saya tak pernah setuju yang ada istilah 'kawan' antara lelaki dan perempuan. Bagi saya hubungan antara lelaki dan perempuan hanya atas dasar kerja, belajar, atau urusan2 yang tidak berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. Mereka tiada kaitan dengan kehidupan personal saya! Kenapa? Sebab once saya dah memasukkan mereka dalam hidup personal saya, hati saya rasa susah. Gelisah. Tak dapat fokus pada apa yang sepatutnya saya lakukan. Mengganggu ibadat dan fokus saya pada Allah. Perkara ni bukan tak pernah terjadi pada saya. Malah saya hampir melepaskan prinsip saya, bahawa lelaki yang tak de kena mengena selain family saya, tak perlu campur urusan peribadi saya. Saya hampir melepaskan prinsip saya ni.. :( Tak bijaknya saya masa 2....... ~sigh~.......

Saya dah makan? Saya makan ape hari ni? Saya sakit? Saya susah hati? Saya ada masalah? Saya nak exam? Saya suka makan ape? Saya suka warna apa? Saya ni orang yang mcm mana?

Suka hati saya lah! Hanya family dan kawan2 saya je yang tahu sifat peribadi saya. Kenapa saya buat mcmtu?

Sebab saya tau hati saya takkan tahan dengan godaan cinta dan perhatian dari lelaki. Hanya yang halal pada saya ada hak atas hidup peribadi saya. Kerana saya tahu couple bukan jalan yang Allah suka. Kerana saya sedar hubungan tu takkan bawa ke mana. Tak de keberkatan pun dari Allah. Hanya kebahagiaan dan kemanisan yang sementara. S.e.m.e.n.t.a.r.a. kamu tau tak???

Fikirkan apa status couple beri hak pada lelaki tu sebagaimana hak2 lelaki mahram ada pada kita? Sesekali tidak! Even saya berani katakan status tunang pun tak ada hak yang sah di sisi Allah.

Saya sayang diri saya. Saya sayang hati saya. Saya sayang maruah saya. Saya sayang mak ayah saya. Saya sayang didikan yang telah mereka beri pada saya. Tak nak saya cemarkan sume yang saya sayang ni..

Jadi, kalau rasa sayang, suka, cinta, teringin nak couple, atau teringin nak kawen skali pun, nak buat mcamana kalau tak bleh couple?

Klau kamu rasa dah bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai isteri... boleh jalan terus.. beritahu pada parents. Langkah paling selamat ialah melalui orang tengah. Orang tengah pun ada ciri2nya. Jangan kamu cari yang bercouple jugak ye! Aduh!! Biasanya mak ayah atau orang2 yang dah berkahwin.

Tapi kalau rasa belum mampu, cukuplah dengan menahan perasaan tu. Sanggup? Meh saya nak cerita tentang kisah tahan hati ni. ^_____~ Tau tak, wanita, bila dia rasa suka pada seseorang, dan dia menahan diri dia dari melakukan perkara2 yang tak syara', senang citenye dia tahan diri dari bercouple, perasaan tu akan rasa sangat best! believe me. Sebab apa? Sebab kita sedang tahan nafsu kita dari melakukan dosa.

Ada seorang wanita, dia sangat suka pada seorang lelaki.. Cukup sifat lah lelaki ni. Hehe.. Tapi sebab dia rasa blm masanya untuk dia terus melalui jalan perkahwinan, dan dia rasa bukan couple jalan yang Allah suka, maka dia tahan perasaan dia. Walaupun perasaan tu ambil masa yang sangat lama untuk hilang atau diredakan, tapi wanita ni ambil langkah bijak untuk selalu mengadu pada Allah tentang perasaannya. Mengadu sepenuh hati. Minta agar disalurkan perasaannya terlebih dulu untuk mencintai Allah. Rasul dan perjuangan Islam. Hasil yang dia rasakan, sangat manis. Allah gantikan dengan ketenangan dan kebahagiaan. Setiap air mata dan luahan perasaannya pada Allah tidak sia2. Apa yang lebih bahagia bila diri semakin dekat dan mencintai ALlah?? Itulah salah satu kisah yg blh djadikan contoh.

Apa yang lebih penting kita perlu buat?

-Jauhkan dari angan2 kosong dan terbuai2 dengan perasaa.
-Sibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat. Bila kita banyak masa terluang, ruang untuk fikir tentang perkara yang tak perlu akan senang mencelah.
-Jaga mata. Sebab dari mata akan terus jatuh ke hati. Jadi jaga mata. Walaupun kamu sorang perempuan ok! Jaga mata bukan hanya untuk lelaki.
-Saya katakan td di atas, walaupun tiada istilah kawan lelaki bagi saya, tapi tak bermakna saya benci mereka. Masih boleh bergurau dan bermuamalat asalkan tidak membatasi sekadar apa yang perlu.Tak perlu sampai bermasam muka atau bergaduh pun.
-Banyakkan solat hajat dan istikharah. Istikharah, ada sorang kakak pesan pd saya, bukan hanya untuk orang yang dah di "tanya". Tapi dari skarang pun, walaupun belum ada calon, dah boleh mula istikharah. Hajat dari Allah untuk pimpin kita pd ketetapanNya yang terbaik.
-Mohon juga dari Allah agar diberi jodoh yang terbaik untuk diri dan agama kita.
-Serahkan pada ALlah. Sape? Bila? Orang mana? Serahkan sume pada Allah.
-Apa kita perlu buat? Sebagai wanita, hanya doa dan persiapkan diri untuk jadi ibu dan isteri yang terbaik. Persiapan yang macaman? Tu kena masuk bab lain la deh!
-Doa dan tawakkal.


Itu saja yang ada dlm kepala saya untuk diconteng disini. Maaf atas kesilapan atau keterlanjuran. Panjang no entry kali ni. Huhu.. Biasala.. Bab ni mmg panjang hujahnya.

Ini hanya pandangan dan pengalaman peribadi saya. Klau ada silap di mana2, boleh tegur.

Wallahua'lam.

Moga Allah terus SAYANG saya, kamu dan kita semua..

2 comments

.::wardatulsyauqah::. said...

Assalamu'alaikum...
Jazakillah kak atas penerangan yg sangat jelas...

Oh,akk ada exprience ttg ni rupanya..^^

Alhamdulillah,mg kita semua lebih teguh & kuat untuk mmperthnkan prinsip kita utk meraih redha Ilahi dlm apa jua yg kita lakukan.InsyaAllah.

marisy-wardatulsyauqah said...

Dik,
akak percaya mostly ada experience ni. Terpulang pd kita mcmana nak handle.
'Sesungguhnya aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari esalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku.Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang'.
- Yusuf:53