Iklankan di sini

knowing and handling myself

Assalamualaikum!

Anger. Kemarahan. Sifat ni memang la satu sifat yang sangat jelek jika tidak dikawal. Kenapa saya tulis tentang anger? It's because i think i can no longer control my temper. Sejak akhir-akhir ni rasanya sifat buruk ni semakin menjadi-jadi. Saya sedar sifat ni makin menguasai diri sejak saya memasuki alam pekerjaan. Dealing with people membuatkan saya sesekali merasakan keputusan yang saya buat atau fikir tu adalah benar. Namun betulkah cara kita sekiranya menegakkan kebenaran tu dengan kemarahan? Even sekecil2 benda pun kadang-kadang membuatkan saya cepat emosi. Kuncinya hanya satu ~ menjaga hubungan dengan Allah. Bila dekat dan selalu ingat Allah, hati kita akan menjadi lebih tenang. Setiap keputusan akan diambil dengan tenang. Setiap masalah akan di handle dengan lebih tenang. Marah bukan penyelesaiannya wahai hati.

Mungkin saya lebih banyak menggunakan akal dari iman. Sebab tu la kadang-kadang bila saya merasakan bahawa ada perkara yang tidak betul dan perlu dibetulkan, dan tiada tindakan betul yang di ambil, itulah yang menimbulkan kepanasan di hati saya. So kesannya dahi pun mula la berkerut. Marah pun datang. Allahuakbar.Kadang-kadang saya percaya sesetengah perkara perlu dibetulkan dengan menegur secara direct. Sebab sesetengah orang takkan faham bila selalu ditegur dengan cara lembut atau bertapis. Tapi, kesannya akan jadi pedih. Sebab tu lah Nabi S.A.W. adalah karakter terbaik dalam menjadi contoh kepada umat manusia dalam aspek kesabaran dan kelembutan hati.

MashaAllah. Kerdilnya saya rasa. Saya ingin berubah. Menjadi lebih tenang. Ingin lebih dekat dengan Allah. Ini adalah kritikan untuk diri sendiri, dan pengajaran untuk yang membaca.

Apa yang penting, kenalilah diri dan hati kita Dan sentiasa inginkan perubahan. Moga Allah masih izinkan saya menjadi manusia yang lebih baik di hari esok. Saya ingin menemuiaNya dalam keadaan baik ~ Husnul Khatimah~ Kerana tiada erti sesen pun hidup di dunia jika akhirnya dalam keburukan dan kemurkaan Allah. Nauzubillah....

Current status~menjadi guru ganti di Smakl. Bumi yang penuh dengan didikan. Huhu.. Saya tak pernah mimpi pun nak jadi cikgu... Weee~~~
~HaluanSiswa Terengganu ^____________~ Kahfi n KAS sangat BEST! Moga pemuda pemudi di Terengganu lebih maju. Langkahnya telah bermula insyaAllah!

Intansurullaha yansurkum!Align Center
Moga Allah terus SAYANG saya, kamu dan kita semua.


No comments