Iklankan di sini

cikgu~guru~teacher~ustazah~muallimah????

Assalamualaikum!

Hari ni saya cuti. Ambik cuti. Or more specific, emergency leave. Hehee.. Takde orang kat umah. So saya cuti untuk jaga kakak yang baru je 5 hari bersalin. Meaning that, saya dah dapat anak buah lagi.. A little brother of Umar Fatih, -------------.... Namanya akan decide esok insyaAllah.

Back to the topic, memandangkan arini saya cuti, saya jadi sangat la rindu pada student2 saya. Arini ada 1 je kelas. Pagi. Unfortunately, saya saaangat la lupa nak bagi keje kat depa. Uuuups! Hopefuly ada la keje lain depa buat. Form 4 pandai behave sket. Lain la kalau form 1. Errghh.. Heee....

Sambil dok mengemas2 rumah, asyik teringat2 je kat budak2 kat skolah tu... Apa dah jadi la kat saya nih. Before this tak penah pun terfikir yang saya akan jadi teacher. Tapi abes je blaja, Allah susun saya di sini... Di skolah ni.. Dan saya dah jatuh sayang pada student2 kat sini. Coz they're different!

Mula-mula jadi teacher, saya tak confident sangat coz tak penah ada pengalaman ajar student skolah menengah ni. Kalau budak2 kecik tu boleh la sangat kan. Hee..... Pastu bila dah mula mengajar dan mengenali budak-budak ni, saya rasa cam semangat plak nak bagi ilmu dan didikan pada depa. Dan makin lama saya makin nampak, apa yang mereka perlukan sebenarnya..

Mereka bukan sekadar perlu diberi ilmu, tapi juga didikan dari pelbagai sudut. Yang utama, mengenali diri sendiri. Ramai yang masih tercari-cari identiti mereka sendiri. Jati diri. Apa mereka nak jadi. Apa prinsip hidup mereka. Apa yang mereka perlu dan apa yang mereka nak dalam hidup mereka. That's why bila tak jumpa sume tu, dan bila takde orang guide, budak-budak ni tak jumpa haluan sebenar hidup depa. They tend to follow rather than leading the others.

JAdi saya mula muhasabah diri dan teaching method saya. Memang sangat banyak kelemahan lagi. Saya masih mencari dan berusaha untuk menjadi pendidik sebenar. Bukan sekadar cikgu, teacher atau ustazah.... Kalau sekadar jadi cikgu @ teacher, kita takkan peduli dengan akhlak students. yang penting abes syllibus! Abes waktu skolah, cepat-cepat cabut balik. Haaa... yang tu memang betul la cikgu semata-mata..

Tapi kalau pendidik, bukan sekadar ilmu yang ingin diberi. Tapi turut disertai dengan keikhlasan, nasihat, bimbingan, dorongan, ketegasan, dan yang penting DOA. Berapa ramai je cikgu yang benar-benar mendoakan pelajar2 mereka?? Bagi yang buat, Alhamdulillah. Moga usaha antum tak sia-sia.

Ilmu semata-mata takkan menjanjikan kejayaan hakiki. Kalau berjaya pun, tak semestinya bahagia kan? That's why la kena ada kefahaman dan akhlaq yang mulia bersama-sama ilmu tu.. Itulah tugas pendidik yang sebenarnya.

Honestly, bukan mudah nak didik pelajar zaman skarang. Tak sama ngan tiga empat atau sepuluh tahun lepas. Kalau dulu, pelajar bukan je hormat ngan guru-guru, malah takut dan ada yang tak berani nak bergurau lebih-lebih pun ngan cikgu..

Tapi skarang, the word 'respect' tu ada pada sesetengah pelajar je.. Guru-guru malah pengetua sendiri pun berani ditentang. Memang tak dapat dinafikan, pelajar-pelajar ni masih muda. Semangat (hamasah) sedang tinggi, darah tengah panas. Biasanya bila orang muda rasa apa yang dia buat tu betul, atau naak sangat pape yang diingini, orang tua/guru dah tak dihormati lagi..

Hamasatus Syabab, dan Hikmatus Shuyukh dah makin hilang........ Yang ni kena masuk tajuk lain dah..... Till then..

Nak buat keje lain plak. Esok gi skolah insyaAllah.. Moga Allah bantu saya untuk mendidik anak-anak ini dengan baik. Hingga mereka dapat menjadi pemimpin masa depan yang membawa Iman dan Islam kemana pun mereka pergi.. Ameen Ya Rabb!!

Moga Allah sayang saya, kamu dan kita semua..




2 comments

.::wardatulsyauqah::. said...

Assalamu'alaikum kak...
Bestnyerr,alhamdulillah jdi cikgu dah akk...
Panggil apa?
Cikgu Mar ke?

Kak Mar,ajar subjek pe?
Bila nak dtg uia?
Rindunya kat akk...

marisy-faiz said...

Wa'alaikumussalam dik..
Alhamdulillah...
Budak2 panggil je sume panggilan yg ada. Sume depa tibai. Haha..
Akak ajar BI je..
InsyaAllah, rindu sangat kat sume kat uia..
Grad nnt la k0t baru turun. Huhu...