Iklankan di sini

Pulangkan Saloma Saya!


Assalamualaikum!

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]
Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]

Cerita tentang ibu bapa sebenarnya...

Hee.. Saloma tu tau tak sape? Mak saya la.. Dah 2 minggu mak tak de kat rumah. Pegi Perak. Sejak habis belajar 7 bulan lepas... saya duduk rumah, dengan mak dan ayah je. So sangat terasa la bila mak tak de. Dua minggu plak tu.

Tapi apa yang Allah susun memang ada hikmahnya. Banyak yang saya belajar dalam masa dua minggu ni. Yang paling ketara ialah DRIVING. Ahah!~ Sangat tak sabar nak tunjuk driving skill kat mak. Lepas ni tak payah dah la mak hantar saya gi keje. Katanya, duk rumah nak jaga mak ayah, tapi gi keje pun mak kena hantar.. HEHE... Sekarang tak dah insyaAllah..... Thanks pada dua orang sifu ~ NIK & MENA ~ Alhamdulillah Syukuuur nikmat....

Saya jugak semakin muhasabah setakat mana sikap saya dengan mereka.. Patuhkah saya dengan ayat-ayat Allah di atas? Moga Allah bimbing saya untuk terus berbakti pada kedua ibubapa saya hingga akhir hayat. Nak jaga mereka seperti mereka jaga saya waktu kecil..
Mampu ke???

So.... sape yang ambik mak saya tu, PULANGKAN ok! ~____________^

And kenapa panggil mak saloma??? Hee.. kite je tau kan mak!?? ^_____~

Moga Allah SAYANG saya, kamu dan kita semua..Ameen..

No comments