Iklankan di sini

~Khidmat Kami Tidak Berakhir Disini~


Assalamualaikum!
Ini sajalah yang mampu kami berikan untuk Islam. Subhanallah. Saya amat bersyukur kerana Allah telah menyusun keberadaan dan kebersamaan kami di Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja Zon Timur 2010/2011 ini. Berkampung di Besut selama 22 hari melakar banyak pengalaman berharga. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Banyak yang saya pelajari disini.

Bermula dari 25 Disember 2010 - 15 Januari 2011, kursus lepasan SPM ni menghidangkan dengan pelbagai modul menarik antaranya; Modul Anjakan Paradigma, Modul Kepimpinan Masyarakat, Modul Kemahiran Profesional, Modul Pengurusan Jenazah, Modul Khidmat Masyarakat dan Kolej Teknologi Darulnaim. Pendek kata memang penuh ilmu baru lah!

Menjadi salah seorang petugas khas, saya jarang berada bersama adik-adik ini dalam slot-slot menarik. Sangat 'terliur' lah orang kata. Antara aktiviti yang saya sangat teringin nak join ialah modul rekreasi (Naik bukit dan merentasi pantai serta pelbagai aktiviti menarik), modul pengurusan jenazh yang AMAT bermanfaat dan slot-slot refleksi. Tanggungjawab petugas khas lebih kepada bahagian-bahagian pengurusan dan teknikal. Jadi saya banyak berada dalam bilik gerakan (oh saya rindu bilik tu sekarang ni. Macam2 tragedi dah jadi dalam bilik tu. Hik hik hik).

Ada juga sekali sekala saya celah-celah dan curi-curi join adik-adik, tapi biasanya bertahan tak lebih dari setengah jam pun.. Isk...Isk....
Adakalanya saya sangat jeles pada fasiliator-fasilitator. Sebab mereka sangat dekat dengan adik-adik peserta. Mengenali pelbagai personaliti adik-adik nisaa' dan syabab adalah sesuatu yang sangat berharga bagi saya. Malah fasilitator tak terlepas membolot segala ilmu yang diberi dalam kursus ini. Saya selalu pujuk hati untuk terus bertanggungjawab dengan amanah yang diberi. Tiba satu masa, saya sedar dan rasa amat beruntung diberi amanah ini. Menguruskan perjalanan kursus juga adalah demi kebaikan adik-adik peserta. Jadi saya dan rakan-rakan pun terus mengurus dengan setia. Dan saya selalu berdoa agar ilmu-ilmu dan pengalaman-pengalaman dari aktiviti-aktiviti yang disediakan tu, walaupun terlepas dan tak dapat join, tp saya selalu berharap moga Allah hitung apa sahaja usaha saya dan rakan-rakan.
Apa yang penting, adik-adik peserta dapat mengaut segala mutiara yang diberi dalam kursus ini.

Memiliki adik-adik peserta serta rakan-rakan fasilitator dan urusetia, serta pakcik makcik yang very helpful (dan sangat fatherly/motherly) dalam kursus ini amat mengharukan saya.

Ada satu kisah, selepas beberapa minggu berada di Besut, dan tak keluar langsung dari kem tu.. Ada sorang makcik bawa makanan kegemaran saya. Masa tu terus rasa terharu dan sebak. Tak pasal-pasal nangis kat situ. Hehe.. oh mengada-ngadanya saya.. ~_____^ Pastu pakcik-pakcik sediakan beberapa keperluan yang kami tak sempat beli (dek kerana minggu pertama adalah minggu yang sangat padat, sibuk,sesak nafas,penat dan kelam kabut). Sesungguhnya saya amat sayang mereka semua..



adik2 syabab yg ceria sokmo

.
adik2 nisaa' - selalu positif dan bersemangat. syg sgt pd mereka..


Bersama adik-adik peserta JDK Timur ini.. Banyak yang saya pelajari. Yang datang, ada yang dengan pelbagai perasaan. Excited tak sabar-sabar, clueless, terpaksa, benci, seronok, dan macam-macam. Tapi apa yang saya kagum adalah kesediaan mereka menerima apa yang baik dari kem ini. Hidayah Allah tiada sape boleh halang. Semangat, kesabaran, fikiran positif, cekal, kesungguhan dan kesediaan mereka itu yang buat saya sayangkan mereka. Satu lagi yang amat saya suka, senyuman adik-adik syabab dan nisaa'. Walaupun masa tengah penat.

Amat beruntunglah adik-adik yang dihidangkan dengan program sebegini. Saya rasa macam nak jadi peserta jugak =p

Sekarang kursus 22 hari ni telah berakhir. Dengan bergaya harapnya. Dan semoga temanya, Syara; di hadapan Allah is number One dapat mereka gendong hingga mereka berada di universiti nanti. Kerana cabaran di sana akan lebih besar.

Rindu saya pada mereka. Rindu pada bilik A47. Rindu pada master key di leher. Rindu pada bilik gerakan tu. Rindu nak dengar bunyi wisel dan siren dari kem kom.

Buat semua yang terlibat, maafkan setiap kekurangan saya sepanjang kursus ni. Dan terima kasih setinggi gunung buat semua. Moga amal ini tidak sia-sia. Moga ada redaNya di celah-celah usaha kita.

Esok saya akan kembali berkhidmat di sekolah.
Allahumma laa sahla illa maa ja'altahu sahla
wa anta taj'alul huzna izh shi'ta sahla
rabbuyassir wala tu'assir

Moga Allah sayang saya, kamu dan kita semua. Ameen~


2 comments

~AFIFAH ZAKI~ said...

salam kak mar,
mg Allah redha & berkati usaha ntum.
mg setiap titik peluh ntum dnilai sbg ibadah kpd Nya inshaAllah.

bahang kehangatan JDK terasa sampai ksini.

p/s : agak sedih, terkilan sbb x dpt sumbang tenaga untk Jdk kali ni.

marisy said...

My dearie fah..
Ameen ameen ameen ya Rabb..
Bahang tu pun belum rasa hilang dari hati ni...
Moga hasilnya lebih baik dari zahir yg kita rasai.
Moga Adik2 peserta mampu terus membawa apa yg dibekalkan pd mereka demi ummat sejagat.
La Tahzan adik..
Moga ada bahagian dari Allah atas niat suci fah tu..
Ada banyak peluang lg lps ni..