Iklankan di sini

Umur saya 7 tahun?

Assalamualaikum!
Kalau saya kata umur saya baru lebih kurang 7 tahun, percaya tak? Hmm ok semua tak percaya. =p
Kisahnya, semalam masa buat 'perbincangan meja bulat' ngan kawan-kawan, timbul la kisah menghargai nikmat umur.
Meniti perjalanan umur kita, bermakna mengenal erti kehidupan. Dan bila salah seorang dari kami berkata; UMUR SEBENAR KITA IALAH BILA KITA MULA MENGENAL ERTI KATA ISLAM YANG SEBENAR..
MasyaAllah.... Bila difikir-fikir-fikir.. Memang la sejak kecil lagi kita pandai solat, pandai mengaji, tau mana boleh mana tak boleh.. Tapi sejak bila kita benar-benar RASA yang Allah sedang melihat, Allah sedang mendengar, Allah memiliki seluruh isi alam didalam tangannya...
Malah setiap aliran darah dalam tubuh kita ini juga hanya mengikut perjalanan yang diatur oleh Allah....
Cuba direnung kembali sejak baligh apa saja yang saya faham tentang Islam..
Apa yang saya tahu tentang penciptaan diri saya sendiri, alam sekeliling dan tentang kewujudan Yang Maha Esa.. Sekadar mengikut arus. Apa yang diatur, itulah yang diikut.
Sebab itulah saya fikir mungkin umur saya baru (+-) 7 tahun kot.. Baru dapat MERASAI...
Kerana itulah yang penting dalam segala gerak amal kita adalah ruh yang bergerak bersama. Kalau tengah potong sayur kita dok fikir ntah pape, tiada ruh, its useless! Tapi kalau tengah potong sayur, merasai yang itu adalah rezeki Allah bagi, atau merasai betapa hebat Allah mencipta sayur itu.... Maka ruhnya ada bersama, maka itulah makna kehidupan yang sebenar..
Dan kita mengharapkan kalau kita m ati masa tengah potong sayur tu pun, tak mustahil mati itu dan pengakhiran yang baik (sounds funny huh!?) tapi betul ni..Cuba korang cuba try tengok jadi apa... ~______^
Maka dengan sisa umur yang ada ni, ayuh kita sama-sama beramal dengan ruh. Tak kira amal kecil atau besar. Kerana diakhirnya kita sama-sama menginginkan redha Allah..
Sedikit lagi ilmu yang mahu saya kongsikan bersama;
TANDA_TANDA PENYAKIT ROHANI:
Kemunduran, ketidakmampuan bekerja
Lemah, Malas
Tumpul Fikiran
Kedangkalan Perasaan
Gelisah
Takde zouq
Liar terhadap Kebenaran
Buruk Sangka
Nauzubillah.... Kita mintak supaya dijauhkan sifat-sifat ini agar dapat beramal dengan sepenuh jiwa raga insyaAllah..
Jadi bagaimana mengatasi penyakit ini? Jawapannya ialah dengan melaburkan umur kita.Ya, umur ni kena dilaburkan, jika tidak ia akan habis dimakan waktu. Kerana itulah, laburkan umur kita dengan amal soleh yang ada ruh Islam yang sebenar.
Moga dengan itu Allah akan terus SAYANG saya, kamu dan kita semua. Ameen~

No comments