Iklankan di sini

ilmu sihir??? dush!

Assalamualaikum!


Alhamdulillah Allah izin saya demam sejak semalam. Akibatnya, dapat lah berehat sehari di rumah hari ni. ^^ Dapat juga curi masa berblogging. Alhamdulillah.


Setiap hari di sekolah, akan ada je gelagat-gelagat students yang mencuit hati. Tak kurang juga yang menyakitkan hati. Hehe.. Tapi saya amat bersyukur dengan asam garam di sekolah hujung kampung ni.. Banyak yang saya belajar.

Satu hal yang saya perhatikan, ada dua golongan student yang amat berbeza especially tingkatan 1. Mereka ni students yang boleh dikataka fresh bawa akhlak atau kebiasaan didikan ibubapa di rumah. Masih bawa sikap di sekolah rendah. Manja, inginkan perhatian yang lebih. Walaupun lelaki.
Golongan pertama ~ matang, rajin, tahu mengawal diri, ada prinsip, dan mudah fokus dalam kelas. Golongan ini biasanya selalu siapkan homework, mudah absorb apa yang diajar, kekemasan diri terjaga, barang-barang seperti buku dan stationaries dijaga dengan baik.. Walaupun sesetengahnya manja dan nakal, tapi nakal kerana mereka nak cepat belajar.

Satu golongan lagi ialah mereka yang keanak-anakan, belum pandai mengurus diri, SANGAT MANJA ^^, stationaries selalu hilang, buku selalu bersepah-sepah, banyak cakap, kena suruh baru buat, dan selalu khayal dalam kelas. Yang begini biasanya bila orang lain dah buat kerja separuh, dia baru tanya 'kena buat apa cikgu??' ~ [dengan muka yang sungguh innocent] wargh!Memang mencabar minda dan jiwa.
Apa yang saya nak sampaikan ialah, saya sedang mencari jalan untuk menarik FOKUS golongan kedua ini sebaik mungkin. Dorang ni kadang-kadang bukannya tak pandai, cuma TIADA FOKUS.
Contoh yang paling saya tak dapat lupa : Masa tu saya tengah ajar sejarah kemerosotan Melaka. Salah satu faktornya ialah ilmu pelayaran yang sangat dibanggakan oleh orang Portugis, hingga berjaya membawa mereka sampai ke India, Tanjung Harapan dan akhirnya ke Melaka. Punya la banyak kali saya ulang tentang kisah ilmu pelayaran ni... Tentang Lopez de Squera, Alfonso de Albuquerqe, Bartholomew Diaz, etc etc.. Tiba-tiba saya tengok ada sorang student ni termenung jauh sambil tersenyum sorang-sorang. Ntah apa la dia tengah berangan... Saya pun apalagi, sambil menuju senyap-senyap kat budak tu, diperhatikan oleh pelajar-pelajar lain, saya ketuk meja depan dia sambil tanya, ilmu apa yang dikuasai oleh orang Portugis??!! Dek terlalu terkejut agaknya, dia pun terus jawab dengan muka cuak ‘ILMU SIHIR!!’. Dush!! Rasa macam nak bagi je sebijik, tapi I end up laughing sampai nak pecah perut..
Hmm.. tu la dia.. Kisahnya tentang focus. Tugas cikgu memang berat. Lagi-lagi kalau tak terlatih... Cuma tu la.. didikan ibu bapa di rumah amat penting, Mereka yang membentuk jatidiri dan sikap anak-anak. Saya lihat remaja zaman sekarang lambat matang, sebab mungkin banyak spoonfeeding dalam pelbagai aspek kot. Entah, saya belum jadi mak..
Doakan saya agar dapat menjadi pendidik, bukan sekadar c.i.k.g.u.
Wallahua’lam.
Moga Allah terus SAYANG saya, kamu dan kita semua...

No comments