Iklankan di sini

Kembalikan Senyum Itu

BERMULALAH DENGAN BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
BUKAN SEKADAR MELIHAT YANG ZAHIR
INGATLAH BAHAWA PELBAGAI HIKMAH DI SEBALIK YANG ZAHIR ITU
KAU TAK AKAN MAMPU MENTAFSIRNYA

LAPANGKANLAH HATIMU WAHAI DIRI
UKIRLAH KEMBALI SENYUMMU
AGAR SELURUH ISI ALAM DI SEKELILINGMU TURUT MERASAI PESONANYA

TETAPLAH HATIMU ATAS TUNJANG
BAHAWA ALLAH TERLALU DEKAT DENGANMU
ANDAI KAU BERJALAN KEPADANYA
DIA BAHKAN BERLARI KEPADAMU

ATAS ALASAN APA KESEDIHAN ITU?
ATAS SEBAB APA GELISAH ITU?


WAHAI DIRI…
NYAHLAH SEGALA KEHAMBARAN DI HATI
BERDOALAH AGAR TUHAN MENGANGKAT GUSARMU
MEREDA KERUT DAHIMU
KERANA ANDAI KAU MENJAGA HAKNYA
PASTI DIA MEMELIHARA HAKMU

KEMBALIKANLAH SENYUMMU, WAHAI DIRI ^___^

Semoga Allah terus menyayangi kita semua Ameen~

No comments