Iklankan di sini

A Kick Start!

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Saya kini kembali menjadi seorang pelajar. Bukan lagi guru. Mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anak di Sek. Men. Agama Kg Laut memang menyedihkan. Meninggalkan kampung dan rumah serta isinya memang menyedihkan. Tinggal jauh dari mak ayah dan adik setelah lebih setahun berkepit dengan mereka, menyedihkan. Begitu juga kawan-kawan baik yang sangat baik. ^__^
seangkatan.tiada dlm gambar, si pembisu tegar
sian depa, kena tinggal. tak muat kete dah

antara suasana yang dirindui | drive pagi2 ke sekolah

ayah dan mak


Kehidupan di Universiti Sains Malaysia bermula. Bermula dengan tahap peratus kegembiraan yang sedikit sebab dari awal lagi pelbagai cabaran terpaksa dihadapai. Tapi seperti yang dikatakan Prof Norman Blaikie, to further study really need sacrifices from the whole family, bukan dari diri kita saja.

Kuliyah Dr Norman

Alhamdulillah, tazkirah pertama dalam kelas oleh Doktor menyebut tentang niat yang lurus. Jadi memang perlu diniatkan dengan baik pengajian ni. Tazkirah oleh Abang Long kelas kami pula menyebut tentang solat dan sabar. Indeed. Sungguh, memang benar. Hanya solat dan sabar dapat bantu daripada rasa susah dan payah. Baru bermula beberapa minggu di sini, memang ada rasa takut,gerun,tak mampu,nak terbang balik rumah..... Tapi itu semua perasaan-perasaan yang masih boleh diketepikan.

Mak pesan,

Manjadda Wajada 
Alang-Alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan !

Baca tak buku ni? Mentera 'Manjadda wajada' nya memang ada umph!

InsyaAllah, InsyaAllah.

Mengharapkan doa daripada semua. Moga kita menjadi Muslim yang lebih baik, ameen.

Dan semoga dengan itu Allah menyayangi kita semua ameen~




2 comments

mOmO said...

Salam Mar,
Bagusnya lecturer mar igtkan tntg niat dan sabar...

Good for the first day to kick start!
At least sejuk hati yang tgh berdebar2.. :)

Mmg memerlukan kerjasam dr semua.. ye la, kita yg nak belajar satu family kalut bersiap ;) Macam mereka pon nak masuk sekali... hehehehe...tanya apa yg perlu? apa yg tak cukup? apa yang nak ditolong...etc..etc...

SOLAT+SABAR+IKHLAS=KUAT! InsyaAllah....

marisymarjan said...

Salam Momo ^^

Betul kan.. Abang ana lagi la, kena hantar dua adik masuk U dalam 2 hari. Sorang kat KL, sorang kat Penang. Bawak pengiring hero 2 orang. bayangkan la..hehe..sian dia.. Pengorbanan depa Allah je yg boleh balas. Kita nak balas ngan apa pun x mampu lg.. Doa je la..

Momo,
all d best ya. Kita buat yang terbaik. Untuk Islam insyaAllah.
Sabar+Solat+Ikhlas= KUAT!