Iklankan di sini

k.u.s.u.t

 Assalamualaikum

Kusut.

Saya sedang kusut. Memikirkan tajuk disertasi agak memberatkan fikiran. Buat dahi berkerut lagi. Tapi saya perlu gigih. Lebih gigih.

Saya membayangkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. yang banyak |terlalu banyak| cabaran dan ujian dalam  kehidupan baginda. Penuh ketenangan. Cuba membayangkan wajah baginda yang jernih dan menyenangkan setiap mata yang memandang, senyuman baginda yang mendamaikan, sifat baginda yang halus terhadap manusia malah haiwan lainnya, serta hati baginda yang penuh cinta dan kasih sayang.

Pastinya sentiasa tenang. Damai. Saya suka dengar lagu I Believe oleh Maher Zain dan Irfan Makki. Dah banyak kali saya dengar. Betul, banyak kali. Membayangkan betapa baginda seorang yang halus peribadinya. Tidak menyakiti orang di sekeliling, malah haiwan sekecil semut sekalipun.. Cuba hayati liriknya baik baik.. Subhanallah.. Sungguh, baginda adalah sebaik-baik peribadi yang Allah s.w.t. ciptakan.



Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) berada di atas akhlak yang sangat agung (mulia)"
                                                                                                          ( surah al-Qalam : 4 )


Sungguh, peribadinya yang terbaik kerana iman baginda paling sempurna. Saidatina Aisyah R.A apabila ditanya tentang akhlak baginda berkata, akhlak baginda adalah akhlak Al Quran. Alangkah sempurna..





When you’re searching for the light 
And you see no hope in sight
 Be sure and have no doubt

He’s always close to you
                                                       He’s the one who knows you best 
He knows what’s in your heart 
You’ll find your peace at last

If you just have faith in Him
                                                   You’re always in our hearts and minds 
Your name is mentioned every day 
I’ll follow you no matter what

My biggest wish is to see you one day

Do you believe,  do you believe?
                                                    Coz I believe In a man who used to be 
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him

So full of light and blessings
                                                     You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what

If God wills we’ll meet one day
                                                                     If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart

And let His love flow through
                                                       I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace




Teringat cerita kakak saya minggu lepas. Ada anak kawannya beritahu pada uminya.

"Umi, kalau kami (read: kami dalam bahasa utara bermaksud saya) jumpa Nabi Muhammad kami nak kata, ~Kami kenai hangpa (kamu). Mak kami selalu ceghita (cerita) pasai hangpa. Kami suka hangpa."

 Lebih kurang macam tu dialognya.

MasyaAllah..... Kalaulah benar kita dapat bertemu Rasulullah s.a.w ketika ini... Kalau kita dapat mendidik diri dan orang disekeliling kita untuk rasa rindu dan cinta pada baginda...

 Ada satu rancangan yang sangat menyentuh hati dan sangat memuhasabah masyarakat hari ini. Rancangan ni maksud saya;



Subhanallah... Memang bagus cerita-cerita dan lagu-lagu yang membawa kita mengingati dan kembali merasakan cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kalau tidak mungkin ramai yang masih jauh dari menghayati sirah-sirah Nabi, apatah lagi mencintai dan merindui baginda..

Nabi Muhammad s.a.w bukanlah satu figure dalam kisah dongeng. Kadang-kadang anak-anak lebih dihidangkan dengan cerita-cerita rakyat, atau cerita-cerita fantasi  daripada kisah Nabi-Nabi kita sendiri. Maka bagaimana anak-anak kita nak membesar dalam keadaan kenal, cinta dan rindu kepada Nabi kita Muhammad s.a.w?

Ibu-ibu dah boleh tukar bed time stories anak-anak anda. Dari kisah Snow White, Cinderella, Mak Jadi Ikan Kaloi, Jack and The Magic Bean or whatsoever yang lain, kepada kisah benar yang lebih bermanfaat iaitu sirah-sirah Nabi serta sahabat dan keluarga baginda. Biar sirah ini hidup dan mendarah daging dalam jiwa anak-anak kita. Biar bila besar nanti, mereka tahu siapa dan apa kisah pembawa agama yang sedang mereka anuti ini. Biar mereka boleh rasa rindu dan sayang pada Baginda. Biar mereka boleh kata, "kalau saya jumpa Rasulullah........"

Menghayati perjalanan hidup dan sifat Nabi Muhammad s.a.w memang memberi ketengangan. MasyaAllah. Penuhnya cinta dan kasih dalam dada  baginda. Sarat dengan ketenangan.Semoga kita menghargai perih jerih perjuangan baginda menyampaikan agama suci ini hingga sampai kepada kita. Semoga ada rindu dalam hati kita kepada Baginda s.a.w. Kerana di saat hujung nyawa Rasulullah s.a.w pun, Baginda masih mengingati kita ummatnya. Tanda cinta kepada umat walaupun tak pernah bertemu dengan kita.




Akhiran,

Rindu saja tak guna. Sayang saja tak guna. Saya mengingati diri saya sendiri, dan semua, sama-sama kita tambah pengetahuan kita tentang Rasulullah s.a.w. Kenali peribadi dan sirah Baginda, keluarga serta sahabat-sahabat. Serta cuba sedikit demi sedikit untuk mencontohi akhlak dan cara hidup baginda, kerana itulah akhlak peribadi Muslim yang sebenarnya dalam Islam.




Dan semoga dengan itu, Allah bertambah sayang pada kita semua, Ameen~

No comments