Iklankan di sini

untuk si 7, si 8. si 9 dan si 10

Assalamualaikum


Post kali ini khas untuk adik-adik saya..

Adik 7 | menanti hari-hari akhir menamatkan praktikalnya
Adik 8 | Menjelang peperiksaan akhir Oktober ini
Adik 9 | Memulakan langkah baru di UIA Gombak

Lovely Adik 10 | Bakal menempuh SPM tak lama lagi
 Jangan marah dengan gambar-gambar di atas. Comel pe. ^__^.  Rindu kat korang sebenarnya..

Adik-adik, best of luck ye. Selamat menempuh alam belajar yang lebih mencabar. Kakak nak kongsi satu syair oleh Imam Syafie;


Saudaraku! Kamu tidak akan mendapatkan ilmu,
kecuali dengan enam perkara,
akan aku beritahukan perinciannya dengan jelas :
  1. Kecerdasan – ذَكَاءٌ
  2. Kethoma’an (terhadap ilmu) – حِرْصٌ
  3. Kesungguhan – اجْتِهَادٌ
  4. Harta benda (bekal) – دِرْهَمٌ
  5. Mempergauli guru – صُحْبَةُ أُسْتَاذٍ
  6. Waktu yang panjang. طُوْلُ زَمَانٍ
Kata Imam Syafie lagi;

"Aku mengadu kepada guruku, Waki', akan kesusahanku menghafal. Maka dia menasihati supaya aku tinggalkan maksiat. Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat" 
Jadi kita pilih SATU, 

bijaksana, atau

jahil
Peringatan bersama, untuk kakak-kakak dan abang-abang juga walaupun dah habis belajar.

Wallahua'lam.

Moga kasih sayang dan rahmat Allah memayungi keluarga kita Ameen~



2 comments

Anonymous said...

u r right...sama2 kita muhasabah diri, tingkatkan iman... Moga adik2 sume berjaya DUNIA AKHIRAT...untuk adik 6 juga, yg baru mula langkah di USM APEX...;-)SAYANG sume2....dari adik 4..heheee

Anonymous said...

cumenyeee....