Iklankan di sini

Teratur dalam urusannya

Assalamualaikum

Sifat Peribadi Muslim Unggul

Memetik salah satu ciri peribadi Muslim unggul oleh Assyahid Imam Hasan Al Banna, iaitu tersusun urusannya, membuatkan saya berfikir bahawa amat penting bagi kita umat Islam memiliki kesedaran seawal mungkin bahawa umur yang kita ada amatlah singkat. Dek kerana itulah perlunya kita mengatur hidup kita sejak mula mencelikkan mata di pagi hari hinggalah memejamkan semula mata di malam hari. Amat rugi nanti bila sudah berumur, barulah kita teringat-ingat semula masa muda kita yang dilaburkan entah kemana.


Masa yang Allah beri kepada kita semua sama. 24 jam, 7 hari. Antara terlalu sibuk hingga tak cukup masa, atau terlebih masa tak tahu nak buat apa. Selalunya, apabila terlalu sibuk, kita tercari-cari masa rehat. Dan apabila tenang banyak masa terluang, kita rasa bosan dan mula melakukan perkara-perkara yang tak berfaedah. Inilah yang silap. Sebenarnya jika difikirkan betul-betul, terlalu banyak kerja yang perlu kita lakukan. Tiada masa untuk berkata bosan, atau tiada kerja.

Imam Hasan Al Banna menyatakan,


"al wajibat al aksara minal auqat"


Kewajipan itu lebih banyak dari masa yang ada




Amat menakutkan bila fikir betapa lajunya masa bergerak, tanpa toleh kepada kita samaada dapat catch up atau tidak



Sungguh, kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang kita ada. Pasti ada sesuatu yang silap di sana apabila kita rasa masa itu lebih banyak dari kewajipan yang kita ada.

Kembali kepada ciri peribadi Muslim tadi, bagaimana kita menjaga urusan hidup dengan teratur? Masih perlukah orang tua di rumah bimbangkan subuh kita? Awalkah, separuhkah, atau akhirkah subuh anak aku pagi ini? Ayuh kita sama-sama memulakan aliran hari kita dengan subuh yang teratur. Atur sendiri hidup kita supaya kita menjadi Muslim unggul yang boleh mengawal diri dan urusan kita sendiri dengan baik. Bukan membiar waktu secara senyap-senyap melarikan diri daripada kita.

Pasti kita dapat merasa perbezaan dalam jiwa kita. Kerana kita memulakan hari dengan permulaan yang baik, Allah akan pelihara keseluruhan hari kita itu dengan baik juga, InsyaAllah. Mulakan subuh dengan puji-pujian dan doa sebanyak-banyaknya,mengharapkan keampunan, keberkatan dan kemudahan daripada Allah s.w.t..


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Permulaan hari yang baik dengan menyapa awal subuh banyak kelebihannya. 

“Ya Allah berkahilah umatku selama mereka senang bangun subuh,” (HR. Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).

Bak kata ibu Abdullah Azzam dalam fiilem KCB, kena berpagi-pagi.." Nanti rezeki dipatok ayam.. " ~___^

Kata Saidina Ali, "Kebatilan yang Terancang akan mengalahkan Kebenaran yang Tidak Terancang."

Muhasabah juga untuk diri saya. Supaya sentiasa mengatur urusan hidup bermula dengan subuh yang baik hingga menutup semula mata di malam hari. Dan supaya tidak mudah merasa bosan dan berkata " bosan! tiada kerja.."

Wallahualam.

Semoga Allah sentiasa menyangi saya, kamu dan kita semua. Ameen~


2 comments

mu'minah said...

tazkirah yg bagus utk ina mar! jazakillah kheyr! miss u habibty! moga org usm x lupa org sini ;-)

marisymarjan said...

ina ^^ alhamdulillah. bagus utk diri ana sebenarnya. ina, teringat sebab apa kak zi minta ina jadi secretary satu masa dulu. ni salah 1 sebabnya kan. ~___^ reaaallly miss u n d geng. org usm insyaallah x lupa org uia.