Iklankan di sini

Leiden Is Lijden

Assalamualaikum;

Leiden Is Lijden, kata H. Agus Salim.
Memimpin adalah menderita.

Tiada jalan untuk pemimpin merasa senang dan seronok dengan amanah yang dipegangnya.
Buya Hamka menghadapi kepayahan membayar bil air dan elektriknya dek kerana tidak cukup duit pencen.

Pemimpin hari ini bagaimana?

p/s;
Dalam proses membuat proposal dan disertasi, saya sedar bahawa terlalu banyak ilmu Allah. Melaut. Bukan tak pernah tahu bahawa ilmu manusia secetek titisan air laut, tapi baru tercelik mata ini melihat bercabang-cabang ilmu baru yang belum diterokai. Sebab tu dulu ayah pesan banyakkan membaca. ^^

Saya buka satu buku, jumpa satu term yang tak faham, saya cari kat buku lain. Terjumpa pula ilmu-ilmu menarik di situ dan begirulah seterusnya. Rasa macam tak cukup tangan nak buka buku, dan tak cukup mata nak baca semua tu.

Subhanallah. Akal manusia sungguh terbatas. Dan ilmu Allah itu Maha Luas. 
Doakan saya. Lusa kena present proposal. 

Wallahua'lam. 

No comments