Iklankan di sini

My First Hero

Assalamualaikum

Bicara saya kali ini adalah tentang insan yang bernama AYAH. Ya, selama ini kami amat meletakkan mak di mata kami di tempat pertama. Bukan kata tak sayang ayah. SAYANG. Tapi seperti kata hadith Nabi, ibumu, ibumu, ibumu..

Tapi kini saya baru sedar.....

Dari kecil lagi, walaupun kami 10 beradik hadir dalam perangai yang pelbagai dan kerenah yang pelik-pelik, tapi ajaib.. Saya tak pernah merasa kurang perhatian dari ayah. 

Secara zahirnya, ayah seorang yang bermuka serious. Tapi bila bersama anak-anak, lebih-lebih lagi apabila ada cucu-cucu sekarang, ayah seorang yang sangat penyayang, dan kelakar.

Bayangkan ayah mendidik kami 4 anak lelaki dan 6 anak perempuannya. 6 orang anak perempuannya ni pula masing-masing manja dan mengada-ngada. Ada yang tak boleh ditinggal, kena bawak je kalau nak pegi mana-mana. Ada yang masa kecik tak suka potong kuku, ayah pun pujuk jugak la sampai terpotong jugak kuku. 

Saya ingat pernah jari saya dimasuki selumbar. Kecil lagi masa tu. Walaupun sakit, tapi saya takut bila ayah nak keluarkan selumbar tu sebab takut akan lebih sakit. Saya lari keluar rumah. Berapa lama ayah pujuk, masa tu dah masuk maghrib. bila dah penat, akhirnya saya menyerah. Kesian ayah.

Bila kami pindah ke Kuantan, umur saya 7 tahun. Bermula episod saya dan penyakit alergik dengan sekolah. Sejak hari pertama hantar sekolah, tak tahu apa yang saya takutkan. Saya tak nak masuk kelas. Macam pelajar lain. Ayah saya terpaksa tunggu. Mesti ayah malu dengan cikgu-cikgu dan pengetua sekolah. Saya tak ingat berapa buah sekolah ayah saya terpaksa tukarkan saya. Dari sebuah sekolah ke sekolah yang lain. Semua saya tak nak pegi. Macam-macam alasan saya beri.

Ada sekali saya terbangun awal pagi. Semua masih tidur. Dah tau pagi tu mesti kena pegi sekolah, saya senyap-senyap keluar bilik dan menyorok bawah katil. Saya kecil je. jadi saya agak mesti depa susah nak nampak saya kat bawah katil tu. Memang betul, pagi tu kalut satu rumah cari saya. Akhir sekali kakak saya nampak dan bagitahu ayah. "Ayah, ni dah jumpa!" Erk!! Sebab terlalu takut, saya buat-buat macam baru bangun tidur. Terkulat-kulat keluar dari bawah katil. Dengan muka yang sangat hipokrit, saya tenyeh-tenyeh mata sambil kata; "Nape ni?". Ayah tanya kenapa duduk sini? Saya jawab, "Mana orang tahu, mimpi kot..." (Mungkin maksud saya masa tu nak bagitahu yang saya tak sedar, mengigau dan tiba-tiba dah ada bawah katil."
Jahatnya saya!

Kisah taknak pegi sekolah tak berakhir di situ. Mak, ayah, kakak-kakak dan abang-abang habis cara agaknya nak 'sekolahkan' saya. Nasihat elok-elok sudah, marah sudah, kena pulau dengan mak sudah, semua tak jalan. Malah pernah pengetua sekolah pun ajak masuk bilik dia, bagi main lego dan puzzle untuk pujuk saya lepaskan ayah balik. Tabah la pulak saya ni bab-bab macam ni. Hmmm...

Akhirnya saya terang-terangan mengamuk tak nak ke sekolah. Kesian abang saya yang sekolah sekali masa tu. Dia lah tukang kejar, dia lah tukang jawab dengan cikgu, dia lah tukang saspen bila saya hilang, dia lah tukang galas beg saya yang besar gabak.. Pernah sekali saya tak nak sekolah, saya keluar masa waktu rehat. Azam nak jalan kaki balik rumah. Tak tahu datang dari mana keberanian tu. Saspen jugak masa tu, takut cikgu nampak. Saya lari cepat-cepat dan mungkin balasan dari Allah, 'Buk!' Saya jatuh!. Kain terkoyak kat lutut. Berdarah. Sakit. Jengket-jengket patah balik. Sambil tahan sakit, terserempak abang saya di kantin. Saya tipu dia kononnya terjatuh. Tak bagitahu pun nak lari.
Sekali lagi, jahatmya saya!

Akhirnya Allah beri hidayah, selepas beberapa bulan lari dan taknak pegi sekolah, pintu hati terbuka jugak untuk bertaubat. Saya pun pergi sekolah dengan normal, seperti kanak-kanak lain.. As simple as that. Seronok berkawan dan belajar. Takde la macam orang alergik gatal-gatal kalau pergi sekolah! Dapat tak bayangkan usaha dan pening penat ayah fikir masalah saya seorang. Belum pun 9 anaknya yang lain.

Banyak lagi kejahatan dan kenakalan saya yang lain. Nak cerita tak kan habis. Sampai besar pun, kerenah kami ayah masih tabah tangani. Nak sekolahkan 10 orang anak, nak tanggung makan dan pakai kami. Nak bina sebuah rumah yang selesa dan dipenuhi dengan kasih saynag untuk kami. Nak didik kami 10 orang menjadi anak yang patuh, pelajar yang gigih, Muslim yang baik, suami yang bertanggungjawab dan isteri yang solehah. Bukan senang.

Ayah juga yang urus kemasukan universiti, bayaran yuran, menenangkan bila ada masalah dengan exam, beri motivasi bila rasa down. Ayah usaha bermacam cara asallkan anak-anaknya jadi individu yang bertanggungjawab pada keluarga, kawan-kawan, agama dan pada diri sendiri. Ayah tak jemu. Apatah lagi bila anak-anak nak kawen, ayah carikan yang terbaik. Dan tetap bersemangat uruskan kami. Selama lebih 30 tahun menjalani tanggungjawab ini dengan bantuan mak di sisi, ayah dan mak memang insan yang hebat. Mereka tiada tandingan.

Saat menulis, hati saya penuh hiba. Saya tak pandai bertentang mata dengan ayah, menyatakan betapa saya berdosa dengan semua kerenah saya selama ni. Betapa tak tertanding balasan saya untuk tebus semua yang ayah dah beri. Betapa ayah tidak sama dengan yang lainnya. Betapa semua yang telah ayah lakukan untuk kami, adalah sesuatu yang amat tidak tertandingi..

Air mata tak berhenti saat saya fikir suatu hari saya akan jadi milik orang lain. Segala penat lelah ayah, adalah untuk beri saya kepada seorang lelaki lain. Hati memberontak mengatakan ini tak adil untuk ayah. Saya belum sempat mengabdikan diri, harta, tenaga dan kasih sayang untuk  ayah. Tapi saya perlu beri semua itu kepada seorang yang lain. Saya perlu menyerahkan ketaatan saya kepada orang lain, bukan ayah di tempat teratas.

Jadi segala penat jerih ayah selama ini mahu saya campakkan ke mana?? Logik akal mendahului iman.


Saat Lafaz Sakinah

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu

Bahagia kami dari redhamu



Tiada redha ayah, tiadalah bahagia saya.

Saya mohon ampun sejujurnya dari AYAH, hero pertama dan selamanya. 

Saya menyanjung tinggi ayah, semoga Allah memberi balasan syurga pada ayah. Jika Allah membawa saya sebagai saksi amalan ayah nanti, saya mohon Allah bersihkan setiap titik dosanya. Saya mahu jadi saksi betapa besar pahalanya. Hingga kami terdidik menjadi 'manusia'. Agar ayah terus mencium dan menjejak syurga kerana jerih pedihnya untuk anak-anak sangat tak ternilai. Bagi saya, pengorbanan ayah lebih baik dari dunia dan seisinya.

Ampunkan,

Atas setiap titik dosa dan keterlanjuran. 

Moga ayah redha dengan anak-anak. Ini juga suara hati kami sepuluh beradik. Buat hero kami yang terhebat. Allah telah mentakdirkan aturannya seperti itu.Semoga suami kami nanti turut menyayangi ayah, seperti hati kami ingin lebih menyayangi ayah.






Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, 
atas didikan mereka padaku 
dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir 
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. 
Siapa tahu hidup 
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. 
Kerana kita menghisap 
darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. 
Istighfarlah, Istighfarlah. .. 

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. 
Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang 
memperdulikan dan mendoakannya.
 Percayalah bahawa anak yang derhaka 
siksanya didahulukan didunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Ayah Juara;
Susuk ini bahkan tidak dapat diganti oleh ibu yang baik sekalipun.
-Dr Muhammad Yusuf Efendi


p/s:
Mak, kalau terbaca jangan kecil hati. Mak pun girlfriend pertama kami. 
Primadona Saloma pujaan hati kami =)

4 comments

Cahaya Kelapangan said...

salam k.marhamah..

alala..sweetnyer..x sangke nakal jgk akk ni ye..hehe..biase la bdk2 kan..^^,

Intan Nursyuhada said...

bahagianya ada ayah... memang nakal cik Mar nih kecik2.pengalaman kecik2 mmg best. cite la lagi cik Mar. enjoy la bc blog Mar :)

mu'minah said...

mula2 ketawa je baca, tak sangka mar lagu tuh kecik2 dulu^_~ napok lembut jah besar2 nih. so ina dah tau the other part of u ;-P

towards the ends, my tears flows.

indeed persoalan2 seumpama tu sering come accross my mind juga.
tak sangka mar rasa the exact way i feel. (walaupun xdela nk kawin dah)

xpernah ada org share perasaan macam tu kat kita.rupanya mar dah buat ina rasa bukan ina sorang je 'pening'

sebab tu sampai sekarang x rasa nk kawin2 lg.asyik ingat kena tinggal umi je.lg tambah sedih n rasa xnak kawin, sbb rasa sedih sgt sbb ingat umi dah xde abah dccnya.

rasa macam tak adil, umi yg penat2 jaga kita, susah payah, tengok2 kita nak kena gi kat org lain.abih tu bila masanya nak balas jasa umi? dok pening sorang

it seems truly unfair.

tp bila sengetkan balik kepala, fikir balik, sebenarnya bila kita kawin mungkin mak hilang rasa burden nak jaga kita.memang dia sayang,tapi dia akan lg happy bila ada org yg boleh jaga kita.seolah terangkat separuh bebanan di bahunya.

kita bukan beban. tapi rasa tanggung amanah tu berat. seakan bebanla nak mudoh pehe=)

mar, benda ni bila buat niatkan ibadah, insha Allah semuanya akan ok. kita kawin kerana Allah. bukan sebab lain.

memang fikiran2 tu sokmo je ngaca, tapi ina tgk kak amie tu, lepas walimah, makin close dgn umi. sbb banyak dia nk kena tanya dan refer.

doaku sahabat, semua yg terindah dan yg terbaik buatmu habibaty!
distance will mean nothing if ur hearts are close together. walaupun jauh dengan hero pertama mar dan saloma mar, contactlah sokmo. evrythg wl juz b fine. in fact insha Allah it will b much better. all d best utk fasa baru dlm hidupmu. Allah takkan pernah tinggalkanmu.

marisymarjan said...

Ina sayangku-

Allah..Pagi2 ana dah menangis lg..
Terkejut bila Ina kata Ina rs mcm tu jugak. Huhu..
InsyaAllah, ana dah kena 'basuh' dengan kakyah. Memang ketentuan Allah dah macam tu. Kegembiraan dan keberkatan akan bertambah dengan hadir cucu-cucu dan menantu yang membahagiakan mereka. Cuma kita kena sangat pandai jaga tingkah laku supaya tak menyakitkan depa, insyaAllah.
Luv u In.
Anan doakan rasa tak mau kawen anti tu hilang, diganti dengan datangnya jodoh yang baik untuk Ina dan keluarga.
Fi amanillah.


Intan-
Setiap orang ada kebahagiaan masing2. Same goes to you. & you should appreciate everything that Allah gave to u, Okay ^__~
Nak baca blog Intan plak! Hehe


Adik Cahaya-
Err akak pun tak tau mcamana blh jadi mcm tu. Huhu.. Terlebih minum milo agaknya masa kecik2 dulu. ^^

Patutnya kena tulis kat bawah post tu - Inappropriate for children Dont try this at home! Haha..