Iklankan di sini

Haris kena tinggal, Ibu yang menangis

Assalamualaikum..

Sekarang ni perasaan saya bercampur baur. Rasa hilang semanagt, tenaga dan kosentrasi. Fikiran asyik melayang fikirkan Ikram Haris. Sedihnya tak mampu nak diungkapkan. Pagi td sebelum kerja tinggalkan dia di rumah pengasuh. Hari ni hari kedua saya bekerja, dan hari kedua juga Ikram Haris saya tinggalkan pada pengasuhnya Kak Ida.

Pagi tadi Ikram Haris bangun dengan ceria. Saya mandikan dan main-main dengan dia. Baba pegi keje awal harini sebab kena attend kursus. Jadi saya hantar dia sendiri. Sampai depan pintu rumah pengasuh, Ikram Haris pandang saya. Saya beri dia pada Kak Ida, dan pandangan dia masih melekat pada saya. Saya cium dan gosok kepala Ikram Haris, pesan kat dia supaya jadi anak soleh, minum susu dalam botol, makan bubur dan jangan nangis-nangis. Dia pandang je saya. Kak Ida bawak je dia masuk, terus saya dengar dia menangis. Sepanjang lalu belakang rumah Kak Ida, makin kuat tangisan dia. Saya berhenti. Saya dengar je tangisan dia. Makin kuat. Makin kuat. Sedihnye Ya Allah! Rasa nak masuk rumah tu dan pujuk dia. Nak peluk cium dia. Tapi Ibu kan kena kuat. Ibu kena pegi keje. Jadi saya tekadkan dalam hati, serah dan tawakkalkan anak saya pada Yang Maha Menjaga, Allah SWT.

Sepanjang perjalanan balik hingga sekarang, di bilik kerja saya, saya ternampak-nampak pandangan Ikram Haris tadi. Sesak sangat dada teringatkan pandangan dia tu. Macam merayu minta tak ditinggalkan. Ibu menangis....

Inilah lumrah nak jadi Ibu, dan kehidupan yang menuntut kita untuk bekerja. Kalau boleh memanglah nak jaga anak sendiri. Itu yang terbaik. Tapi masyarakat juga perlukan kita. Jadi dengan niat ikhlas bekerja kerana nak berbakti kepada masyarakat dan kepada Islam, saya berdoa semoga Allah pelihara jasad, hati, akal, perasaan, jiwa dan iman anak saya.

Jadi ibu kena gagah, perkasa, cekal, tabah, tekad, kuat!

Wallahua'lam.

No comments