Iklankan di sini

Hidupkan semula blog ni!

Assalamualaikum!

Subhanallah.. Masa berlalu begitu cepat dan terasa seperti bermimpi. Rupanya dah hampir setahun blog ni berehat. Lamanya! hehe.. Antara post post terakhir dalam blog saya ni dibuat ketika saya sedang mengandung anak sulung saya, Muhammad Ikram Haris.

Sayang pada blog ni kerana blog ni merakamkan kisah hidup saya sejak bujang lagi. Jadi saya tekad nak sambung blogging, semoga ada manfaat kepada semua.

Masa jadi begitu sempit apabila dilalui dengan pelbagai nikmat dan ujian daripada ALlah SWT. Semasa mengandung, saya alami alahan yang teruk. Tambahan pula hidup di asrama kerana sedang belajar menjadikan masa lebih sempit bagi saya. Tanpa saya sedar, saya dah lalui fasa mengandung dan melahirkan anak.

Sekarang Ikram Haris dah 8 bulan. Dan 4 bulan lepas saya dah dapat skrol Masters saya, alhamdulillah. No more hubungan jarak jauh dengan suami. No more nanges nanges rindu masa perut tengah boyott. hehe
MasyaAllah..Subhanallah..Tak sangka perjalanan tu telah pun saya lalui... Alhamdulillah. Moga ada berkahnya disitu...

Antara perkara yang nak saya ceritakan ialah tentang anak saya, Ikram Haris. Untuk pengetahuan semua, sejak umur dia 3 bulan, dia dah mula kena sakit kulit sensitif, eczema. Memang family kami ada history of eczema pun.. Jadi Allah izin, kena pada Ikram Haris.

Jadi ibu yang ada anak dengan sakit eczema ni sangat menguju kesabaran dan keimanan. Eczema Haris boleh dikategorikan dalam tahap teruk jugak. Sebab bila dia gatal, dia akan garu sesungguh hati, tanpa pedulikan siapa dan apapun.

Haris jadi sangat sensitif pada sabun, habuk, panas, orang ramai yang bersesak-sesak dan seafood. Ibulah yang kena pantang seafood tu kan. Hehe.. Jadi tempat tidur, tuala, pakaian dan makanan dia kena sentiasa bersih. Sentiasa. Jangan la suka-suka hati biar dia guling-guling atas karpet gebu yang semahal mana sekali pun sebab kurang sejam lepas tu, akan naik la gatal-gatal dia tu.

Saya dan suami dah usahakan macam-macam ubat. Bila jumpa orang je, tak kira lah sedara-mara, kawan-kawan, jiran-jiran, waiter kat restoran skalipun akan bagi macam-macam tips pada kami. Yang lebih teruk, kalau jumpa makcik makcik yang agaknya dah banyak pengalaman hidup sangat dah, ha...siaplah kami Ibu dan Baba Haris ni dikata tak jaga anak la, tak bagi makan ubat la, eda eda eda....

Sabooo je lah..

Yang penting, walaupun sampai sekarang kami belum jumpa ubat yang betul-betul boleh sembuhkan eczema Haris ni, kami belum putus asa. Doa dan usaha serta tawakal kami masih tinggi, insyaAllah.

Lepas ni cuba Aloe Vera gel & Shaklee. Doakan berkesan untuk Haris ye! =)

Nanti next time saya share lagi pasal eczema dan Haris =) Saya bagi gambar skali insyaAllah.

#Minggu ni Haris akan mula ditinggalkan pada babysitter. Saya dah start keje. Moga Allah pelihara dia disitu. Ameen!



No comments