Iklankan di sini

Yang taknak tu lah Allah bagi...


Assalamualaikum!

Haaaa...tak baik kan tajuk kat atas ni. Hehe.. Sebenarnya, dalam hidup kita memang banyak benda yang kita nak. Tapi kita tak tau disebalik benda yang kita nak tu adalah baik atau sebaliknya. Kann...

Actually, saya sorang yang agak anti dan tak minat dan tak suka dengan apa apa pun bisnes, lebih lebih lagi MLM. Saya tak suka buat, dan saya tak suka di approach oleh golongan ni. Tapi sebenarnya tak dapat di nafikan, setengah produk-produk depa ni bagus sebenarnya.

Sebelum ni, saya ada consume beberapa produk kesihatan secara konsisten, tapi tak pernah rasa nak komited untuk join as a member apatah lagi nak berjual jualan produk ni. Tapi mula masa saya ambil master tahun lepas, saya ada jumpa satu produk baik punya. Malah mak ayah saya makan jugak. Mak makan untuk sakit jantungnya, ayah untuk maintain tenaga dan kesihatan. Dan alhamdulillah, jantung mak kurang buat hal masa consume produk ni. Syukur Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah.

So bila dapat kesan yang baik daripada produk tu, secara automatik dan naturalnya terpromote la produk produk ni pada ahli keluarga dan kawan-kawan rapat. Makanya, slowly saya dah berjinak-jinak memulakan bisnes ni. Cuma saya tak buat besar besaran sebab takde modal.....Nak tau produk apa? Hehe ni dia --->



Aloe vera gel ni dah berbotolllss saya consume. Memang elok untuk kulit, rambut, gigi, dan yang penting dia cuci usus. Lawasss.Saya makan sejak bujang, sampai dah ada anak satu. Masa mengandung dan berpantang, saya sangat seram dengar kisah2 ibu yang sembelit, jadi saya consume aloe ni awal2, alhamdulillah takde masalah pembuangan sepanjang berpantang.

Ok. tu cerita sampai tempoh habis pantang lah. Sekarang kita cerita kisah MASALAH SELEPAS PANTANG pulak.

Ingat jadi mak ni senang ke. Tak senang tau. Sebab tu banyak pahala jadi mak. ^___~
Lepas pantang, saya menyusukan Haris, sampai sekarang umur dia dah nak masuk 10 bulan, masih full breastfeed.. KESANNYA pada saya ialah,

Kulit kering
kulit kusam
Perut buncit (i kena czer tau.huhu..sbb tu buncits. sampai org tanya - "ada no 2 plak ke?" haha)
Kadang-kadang susah buang
Kuku rosak ( rapuh, dan ada garis melintang kat tengah-tengah kuku)
Gigi tak kuat (tak kuat gigit benda keras, nyilu masa makan benda sejuk)
Cepat lupa
Cakap melalut (Kat kepala fikir lain,kat mulut cakap lain) yg ni memang obvious sangat
Letih (malam2 mesti tidur awal. Bila tidur, sebab penat sangat, sampai anak merengek nak susu pun takleh bukak mata, suami yang suakan anak untuk disusu)
Bengkak susu selalu
dan yang paling teruk ditanggung ialah rasa kebas dan menyucuk2 di tapak kaki.yang ni paling berat nak tahan


Saya tak malu dan tak tipu untuk cerita semua ni. Sebab saya percaya ramai lagi ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama macam saya. Kita bukan golongan yang Allah kurniakan nikmat mudah bersalin semudah ABC, susu mencurah-curah takde bengkak susu, anak tak banyak ragam, kulit licin tulang tak sakit. Memang ada segelintir yang Allah bagi nikmat macam tu, walaupun depa takde consume supplement bagai. Bersyukurrlah kalian!

Jadinya, berbulan jugak saya try macam-macam. Sebab saya susah nak percaya dengan produk, saya banyak consult doktor dan ambil benda-benda natural. Doktor bagi kalsium, tapi masalah belum selesai walaupun dah berbulan-bulan. Saya minum susu, collagen, makan banyak sayur, minum air masak banyak. Tapi masih.....

Dalam saya menjalani hidup yang penuh pancaroba ni (eceehh) anak saya Haris menambah pancaroba. Hohoh.. Sian dia. Dia ECZEMA. Ni Haris dengan kulit manjanya:







Ni la eczema namanya... Tengok tu siap kena pakaikan sarung tangan. Sebab dia akan garu garu dan garu. Kadang tu dia garu sedap sangatsampai tutup mata, ghalit. Sedar-sedar dah berdarah. Dia jadi macam ni sejak umur dia 3 bulan. Sebelum tu, kulit dia memang sehalus mulus kulit bayi ^__^






Kami dah cuba dan hadapi macam-macam untuk sembuhkan Haris. Doa berterusan dan usaha yang belum kami rasa perlu dihentikan. Sebab family kami memang ada history eczema. Genetik. Jadi kami yakin, insyaAllah Haris akan sembuh. Cuma eczema ni perlu cari ubat yang serasi dengan dia. Tak semestinya sorang baby eczema sembuh dengan sejenis produk, means semua baby eczema lain pun ok ngan produk tu. So kita usaha usaha usaha je lah. Antara usaha dan petua yang orang cadangkan:

doktor kulit
homeopathy
aloevera
VCO
minyak zaitun
bedak batu/benang sila (bedak2 mmg doc tak bg pakai sbb Haris kuat berpeluh. Bedak akan melekat kat peluh n buat dia lagi gatal)
agnesia
lipstik
air liur Ibu
pampers baby yg dah pakai sendiri. sapu kat seluruh badan! yeekkks yg ni mmg tak buat la
bilas dengan air mineral lps mandi
Moogoo
Sebamed
Esemtan
Sabun buah zaitun dari Mesir

Ha tu dia. ada lagi tp saya tak ingat semua. Sape yang ada anak eczema try la mana mana satu.

Sampai sekarang Haris masih belum sembuh. Sian dia. Sebab dah hantar dia ke pengasuh, jadi saya tak dapat jaga dia 100%. Dari 8am sampai 4pm dia duduk ngan pengasuh, jadi saya risau. Bukan kata pengasuh tak jaga, tapi anak saya yang perlukan jagaan yang rapi. Memang sebenarnya saya selesa belek dia sendiri tiap-tiap hari. Puas hati. Tapi keje tetap kena keje. Kalau tak, larat ke heh nak tanggung kos ngubat anak bujang sorang ni. Hehe ^^

Thus, saya memang merasakan saya dan Haris perlu satu jenis supplement yang dapat membantu kesihatan kami. Baba pun kena, tapi tunggu stabil dulu. Yang penting Haris sihat dulu. hehe

Ni lah orang kata, kadang yang kita tak nak dan pandang sebelah mata tu lah yang sebenarnya rezeki kita
Allah izin, saya terjodoh oleh Allah dengan .


Dipendekkan cerita, saya join Shaklee dan berhasrat nak cuba produk ni.

Sebenarnya jujur saya cakap, memang dulu saya pandang sebelah mata je Shaklee ni. Tak rasa nak try pun. Tapi sejak Haris sakit, saya banyaaaaaaaaaak study pasal eczema. Dan saya banyak juga google penyelesaian untuk masalah kesihatan saya. Sebab bila Ibu tak sihat, macamana nak jaga anak yang kurang sihat kan kan kannnn... Untuk suami pun kena maintain terbaik jugak kann...

So sepanjang pencarian saya di alam maya, memang banyak terjumpa tentang testimoni2 orang yang dah guna Shaklee. Mula-mula tu "alah sama je sume ni", "alah depa ni nak promote je lebih"....
Tapi makin lama Allah buka hati saya untuk terima dan cuba Shaklee. Saya doa bukan sikit untuk Allah selesaikan masalah kulit Haris. Jadi saya harap penyelesaiannya ada dengan Shaklee. Bukan sebab Shaklee hebat, tapi sebab Allah yang Hebat, Dia cipta bahan-bahan alami untuk Shaklee produce product. ^____^

So now, I'm officially a member of Shaklee and Shaklee Independent Distributor!
ALHAMDULILLAH.


                                           


I/ll update more selepas ni apa rasa makan Shaklee. Saya takkan promote kalau saya tak rasa kesan baiknya sendiri. Doakan HAris cepat sembuh ye!

To be continued....

Wallahua'lam.










1 comment

Anonymous said...

saya pun baru consume, siap jd member lg, xpenah trpk nk jd member mana2 produk sblm ni..semoga haris cpt sembuh ^_^