Iklankan di sini

I.B.U:: Lemah yang bertambah tambah (wahnan 'ala wahnin)



Assalamualaikum!

Cuba tenung dan renung ayat Al Quran, surah Al Baqarah verse 233 ni;

2:233
Sahih International
"Mothers may breastfeed their children two complete years for whoever wishes to complete the nursing [period]. Upon the father is the mothers' provision and their clothing according to what is acceptable. No person is charged with more than his capacity. No mother should be harmed through her child, and no father through his child. And upon the [father's] heir is [a duty] like that [of the father]. And if they both desire weaning through mutual consent from both of them and consultation, there is no blame upon either of them. And if you wish to have your children nursed by a substitute, there is no blame upon you as long as you give payment according to what is acceptable. And fear Allah and know that Allah is Seeing of what you do."

Inilah ayat Quran yang menggugah hati saya masa saya dalam fasa hampir-hampir berputus asa untuk menyusu my anak bujang satu masa dahulu. hehe.. Masa tu umur dia baru nak masuk dua bulan.

Ujian menyusu Ikram Haris sangat besar. Bila baca ayat Quran yang satu ni, hati jadi sejuk dan tenteram. Memanglah, Allah je yang paling tahu tentang hambaNya. Kita mengadulah kat manusia mana yang paling hampir dengan kita pun, tapi sebenarnya Allah yang paling memahami diri kita.

Bila Allah sendiri yang cakap dalam Quran supaya ibu-ibu ni kena susukan anak hingga dua tahun, maknanya memang Allah dah sediakan jalan dan keupayaan untuk kita ibu ibu ni untuk susukan anak anak kita. TU KITA KENA YAKIN. Saya jumpa ramai ibu ibu yang macam saya dulu, rasa tak mampu nak proceed penyusuan. Alasan yang biasa sangat kita dengar;

susu takde
susu kering
baby tak pandai hisap
nipple takde
nipple crack
sakit
nanti tak cantik
susah nak kemana mana (nursing in public)

MasyaAllah! Kalau kita yakin dan faham betul betul kepentingan susu ibu pada anak kita, kita takkan rasa nak bazirkan setitik pun susu kita tu. Dan kita akan usaha sebaik mungkin.

Bagaimana?

Saya pun macam ibu ibu lain juga pada mula proses penyusuan. Masa bersalinkan Ikram Haris, sebab di czer, jadi tak boleh bangun selama 6 jam. Jadi impossible untuk menyusu badan. Nurse bagi susu botol pada Ikram Haris. Sedih. Hisapan pertama Ikram bukan susu ibu. Tapi susu lembu.

Tapi masa tu saya tak sedar lagi betapa pentingnya Ikram menyusu dengan saya. Saya lebih concern dengan perut saya yang pertama kali kena korek, kena toreh. Bila dah boleh bangun dan bergerak sikit dari katil, bermulalah journey saya dan Ikram dalam proses penyususan susu ibu ni.

Kami macam manusia baru kenal. Ikram baru jumpa Ibu, Ibu baru jumpa Ikram. Jadi kami dalam proses taaruf diri masing-masing. Nurse ajar first latch on macam mana. Pertama kali Ikram menyusu, saya tak rasa pun ada susu yang keluar. Tapi saya ingat pesan kakak saya, susukan je! So saya pun susukan je.

Sebenarnya step ni lah yang ramai ibu ibu tersilap. Bila kita rasa anak kita hisap, tapi tak rasa ada susu keluar, tu bukan bermakna kita takde susu. Memang biasa baby tak pandai latch on, dan ibu tak pandai nak suakan susu. Tu lah proses belajar. Dan proses belajar bukan sesuatu yang mudah.

Antara silap faham kita ibu ibu ni ialah kita expect susu tu mengalir banyaaaak masuk dalam mulut baby. Padahal kita patutnya tau, perut anak kita kecik je masa dia baru lahir. Yang penting adalah rangsangan dari baby tu yang akan buatkan susu kita banyak. SO jangan terlalu cepat kata susu kita takde! Baby baru lahir mungkin hanya perlu beberapa titis susu je untuk dia kenyang.

Pegang pada ayat - susukan je. sua je biar anak tu pandai sendiri.  It needs effort, indeed!

Jadi pada ibu ibu yang senang senang je kata dia takde susu, sebelum dia merasa susah payah ajar anak latch on, sebelum dia hadapi ujian-ujian ni, jangan kata anda dah usaha, dan masih takde susu!

-tiap kali baby bukak mulut macam anak burung tu, sua je susu anda pada dia. Bagi je, susukan je.
-pam pam pam pam! Bukan sekali dua, sehari dua. Tapi berhari-hari, kerap dan konsisten.
-kalau tak kena bengkak susu, jangan kata dah habis usaha.
-kalau tak lenguh pinggang, lengan, tengkuk, jangan kata dah habis usaha.

Memang susah.
Saya pernah kena mastitis.
Antara pengalaman paling tragis.
Nanah keluar dari B bersama susu yang menitik-nitik dari kulit B. Sakit hanya Allah yang tahu. Setiap sejam ke dua jam saya pam, selama hampir sebulan kena.


Masa ni rasanya ujian paling berat, dah la masa tu en Abang jauh. Tapi saya tetap tekad susukan Ikram. Berkat berpegang pada ayat tadi.

Dan ni satu lagi ayat yang buat saya terus menyusu, sampai sekarang, dan harapnya sampai Ikram 2 tahun.


وَوَصَّيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ (١٤) وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (١٥)

Terjemah Surah Luqman Ayat 14-15

14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

Fokus pada part - Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah-

Memang inilah yang perlu ibu ibu lalui. Keadaan lemah yang bertambah tambah. Lemah dan susah dalam tiga fasa : mengandung, melahirkan dan menyusukan.

Allah dah bagitau dulu dah dalam Quran. Sebab tu Allah suruh anak anak utamakan ibu ibu ibu dulu then baru ayah. Sebab tu darjat ibu Allah tinggikan.

Jadi dengan segala usaha yang kita mampu, cubalah untuk susukan anak anak kita. Jangan terlalu cepat mengalah. Memang akan sakit, memang akan susah, memang akan kurang peratus kecantikan kewanitaan, tapi sume tu kita boleh dapatkan balik, insyaAllah. Macam mana dengan usia anak kita yang dihabiskan tanpa dapat setitik pun susu dari dalam badan kita ni? Yang memang Allah cipta KHAS untuk anak kita.

Masa susukan Ikram, ada masa-masa saya lemah. Ada masa sampai saya rasa kempis, habis sume takde apa dah nak bagi.Tapi saya selalu cakap kat Ikram, "minum sayang, ada tu susu ibu, ada untuk Ikram. Memang Allah buat tu untuk Ikram. Minum ye puas-puas sampai kenyang."

Dan Alhamdulillah. Memang cukup untuk Ikram walaupun tak lah macam blogger2 yang tunjuk gambar stok ebm dia berpeti-peti, berkotak-kotak tu.

Selain tu, semangat dan support dari suami sangatlah crucial. Takkan berjaya penyusuan penuh dari ibu kalau takde kerjasama suami.

En Abanglah yang selalunya;
-masa menyusu dia bg badan dia untuk saya sandar.
-ambilkan bantal untuk letak kat bawah lengan dan letak kat belakang.
-kalau saya tengah rehat dia ambilkan Ikram yang menangis dan bg kat saya untuk menyusu.
-belikan segala keperluan menyusu saya, lengkap satu per satu walaupun kami terpaksa berkorek-korek hingga kosong licin poket dia. 
-bagi kata -kata semangat dan kata-kata sentap yang buat saya bersemangat semula untuk menyusu. Kalau ada masa saya down, saya cakap "susu takde laaa", dia akan kata banyak la Ibu. Bagi je. Jangan kata takde. Doa tu. Kang takde sungguh baru tau."
-time kena mastitis en Abang paling sabar. Masa dia jauh, dia support dari jauh. Masa dia balik cuti, dia jaga saya betul betul. Masa mastitis, tisu berkotak-kotak guna sebab nanah n susu sentiasa meleleh dari kulit yang terkoyak tu. Dia sabar tolong saya lapkan dan keringkan selalu. Tenangkan Ikram masa saya tengah sakit. Bawak ke klinik berulang-ulang kali. Korang yang tak tau mastitis tu apa, google la. Tengok susah ke senang nak berhadapan dengan ujian ni.

Macam macam lagi Abang buat. Even kalau dia tak dapat buat apa apa pun, kehadiran dan perhatian dia sentiasa buat saya tenang. Gosok kan, sapukan, tenangkan, tengokkan, suapkan, pakaikan, hulurkan, semua lah. Allah je yang mampu balas semua kebaikan dia pada saya dan Ikram Haris.

Jadi ibu ibu semua, kita kena kuat untuk jadi ibu dan isteri. Dan ayah ayah semua, u all kena kuat untuk jaga isteri dan anak-anak. Semua ni kita buat sebab amanah dan tanggungjawab.

Boleh je kita lepas dan lari dari semua kesusahan ni, tapi benefit dan ganjaran besarnya, kita tak dapat la rasa kan...

Alhamdulillah, saya dan en Abang telah melepasi tahap genting "wahnan 'ala wahnin". Semoga kami dapat teruskan lagi perjalanan kami ni, dengan berkat dan rahmat dari Allah SWT.

Untuk dapatkan semula tenaga, keserian, kecantikan, ketegangan, kewanitaan, keisterian, keibuan, saya pilih untuk bermula dengan SHAKLEE. Banyak set suplement yang dapat bantu mengembalikan semua yang hilang masa mengandung, bersalin dan menyusukan anak ^___^. Syukur sangat, alhamdulillah. Melalui Shaklee, Allah berikan kami kebaikan, kesihatan dan ketenangan dalam keluarga kecil kami.

Antara perkara-perkara yang amat membantu semasa tiga fasa ibu dan anak (mengandung, melahirkan dan menyususkan) ni, adalah supplement Shaklee: Set Mengandung, Set Selepas Bersalin dan Set Menyusu insyaAllah sangat membantu.

Antaranya produk Shaklee yang dapat membantu ibu-ibu hamil dan menyusu ialah;


Protein(Energy Soy Protein) ::
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

Multivitamin(Vita-lea) ::
mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

B Complex ::
Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) ::
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.

Omega -3(Omega Guiard) ::
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

Kalsium(Ostematrik) ::
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:
Vitalea
B Complex
Vitamin C
Ostematrik

Set asas untuk trimester 2 &3 terdiri dari:

Vitalea
B-Complex
Vitamin C
Ostematrix
Omega Guard

Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap untuk kehamilan.


Jom sapa nak cuba, atau nak tanya pm fb saya Marhamah Ishak
atau sms 013 3441609 okeh!

Wallahualam.

No comments