Iklankan di sini

updatelah blogku update!

Assalamualaikum semua!

Masih ada ke yang sudi jengah blog ku nan sekangkang kera ni? Alhamndulillah.. Terima kasih semua, terutamanya silent readers yang terbaik!

Lamanya kan tak update kisah hidup dan kisah Shaklee. Hehe.. Mesti la ada cerita Shaklee. Sebab Shaklee dah jadi asbab Allah bagi hidup saya berubah sedikit demi sedikit. Kan Allah kata, kalau kita berubah, baru Allah akan bantu kita kan.

Saya nak sangat ucapkan terima kasih pada keluarga Shaklee saya yang very supportive. Mereka bukan sahaja perkenalkan Shaklee pada saya sekeluarga, tapi mereka bimbing saya dari awal hingga lah sekarang.

Terima kasih juga pada semua yang doakan Muhammad Ikram Haris. Syukur syukur syukur Alhamdulillah. Fasa mengerikan dan menyedihkan dah berlalu. ECZEMA dia dah hampir 95% sembuh. Yang 5% lagi tu ialah tinggal parut sikit-sikit dan kulit-kulit kasar di buku lali dia sahaja.

Yang berair, merah, nanah, darah, gatal, sakit semua dah disembuhkan Allah Alhamdulillah.

Ni muka anak saya sekarang. Anda nilai sendiri ya =)







Besar sangat nikmat yang Allah bagi dengan kesembuhan ini.

^Dah takde kulit kasar yang berair, bernanah, gatal, berdarah dan radang merah-merah.

^Saya dah boleh rasa lega tinggal dia kat pengasuh. Mula-mula dulu, memang saya tak kerja sebab nak fokus jaga dia. Lepas tu bila dah baik sikit, saya kerja dan hantar ke nursery, tapi dalam keadaan susah hati sebab selalunya bila time nak ambik dia tu, mesti pengasuh akan cerita Ikram Haris garu sana sini, merah alergi dan sebagainya sampai depa buntu nak buat apa lg. Sekarang pengasuh dah senyum je setiap kali ambil dan hantar dia.

^Dah tak cerewet. Tak cerewet makan, pakai, cuaca, tempat, dan banyak lagi. Faktor ni sangat membantu. Jadi ALHAMDULILLAh sekarang kami lebih bebas dan gembira untuk buat macam-macam aktiviti bersama. Dulu, nak keluar rumah pun fikir banyak kali. Nak bawak gi jalan pun kena fikir tempat tu sesuai ke tak dengan Ikram Haris. pastu fikir nak bawak alas, sabun, antiseptic, payung, kipas kecik, maaacamm macamm. Sekarang melenggang pon boleh. Hehe..

^Makan udang, ikan bilis, telur, ayam, ikan apa semua dah tak perlu pantang. Alhamdulillah. Tinggal dia ni alah pd susu je.

^Tak susah dah fikir nak bagi makan/sapu ubat apa lagi dah kat anak aku ni. Sekarang cukup dengan Shaklee sahaja, luar dan dalam.

Apa lagi yang mampu saya dan suami ucapkan bila dah dapat nikmat-nikmat ni? Hanya syukur syukur syukur. Alhamdulillah.


Saya menulis ini semua bukan sebab nak berbangga. Tapi saya nak SHARE pada semua ibubapa yang ada anak eczema. Izinkan saya bantu anda. Dan bantulah diri anda sendiri. InsyaAllah barulah Allah pun akan bantu kita semua. Ameen.










No comments