Iklankan di sini

Resepi Kek Coklat Paling Mudah Dan Sedap

Saya ni jenis malas baking. Di tambah dengan masa yang sempit, so rasa rugi kalau banyak habiskan masa kat dapur.

Tapi sekali sekala datang teringin nak makan pape tu, geram jugaklah.

Semalam nampak resepi KEK COKLAT MOIST ni. Kat MyResepi.com. Malas cakap banyak. Yang penting tak payah pakai mixer & oven bagai. Kita KUKUS je! Yeayyy! Letak lama sket dalam peti. Lagi lama, lagi sedaapp!

Gambar Ihsan GooGle Image. Dari MyResepi.Com

cekidaut.


Bahan-bahan ( 1 biji )

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 camca serbuk penaik

Bahan B

4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula pasir
1 cawan air suam

Cara-cara
Panaskan air untuk mengukus.

Ayak bahan A. Ketepikan.

Pukul semua bahan B, kecuali air suam sehingga sebati.

Masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati. Masukkan air suam.

Tuangkan bahan-bahan tadi ke dalam tin kek. Tutup dengan suratkhabar (tebal) dan ikat meggunakan tali dengan kedap.

Kukus selama satu jam.

Tu saja. Lepas makan make sure telan Alfalfa & Lecithin. Haha

No comments