Iklankan di sini

Training, From Zero To Hero


“Aku yang dulu bukanlah yang sekarang!”
Training menjadikan diri saya yang sekarang lebih baik, tenang, berdaya saing dan berkemampuan.

 Disclaimer: Ini bukanlah satu pujian diri sendiri, tapi satu bentuk motivasi dan muhasabah diri. Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalanNya.


Dulunya mentality saya hanyalah mentality seorang pengguna. Mak Ayah bagi duit, tak terasa nak hargai. Jimat tu memang jimat, tapi jimat yang masih boros. Sebab tak rasa susahnya dapat sendiri duit tu. Kami bukan keluarga bisnes.

Pencetus

Subhanallah! Allah takdirkan saya berkahwin dengan seorang lelaki yang dari kecik dah mula berniaga.  Dan Allah jebakkan saya dengan bisnes Shaklee, yang dulunya saya pandang sebelah mata je. Sekarang, kalau Allah bagi banyak mata pun, rasa nak tengok Shaklee je. Hehe..Ini namanya jatuh cinta.

Inilah lelaki yang bertanggungjawab mengubah minda saya tentang dunia perniagaan
Selain suami saya yang giat ajar saya betapa bestnya bisnes, saya ada support group yang ajar saya dari saya tak tahu apa-apa sampailah sekarang, saya dah mula ada nak-anak bisnes yang lain. Perlahan-lahan, saya kenal erti “menghargai”. Sejak terjebak dengan bisnes, saya lebih menghargai diri saya sendiri, menghargai keluarga saya, menghargai setiap orang yang saya jumpa dan paling best, saya menghargai hubungan saya dengan Allah SWT dan juga dengan Al Quran.

Support Group

Kami semua dalam satu group ni berlainan latar belakang. Ada yang kerja, ada suri rumah, ada yang kerja sendiri, ada juga yang masih belajar. Tapi mentor kami sanggup ajar dari sekecil-kecil step contohnya bagaimana nak start kenalkan pada pelanggan yang saya sekarang ialah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR. Bukanlah bermakna mentor kami suap semua ajaran, tapi melalui perbincangan, diajar steps bagaimana untuk mengukuhkan empayar sendiri, bagaimana buat research tentang produk, malah ada juga yang buat kelas mengaji dan kelas agama untuk mantapkan hubungan kami dengan Allah. Sebab, bila berbisnes, bos kita ialah Allah! Kita mengharap 100% bantuan dan redha Allah.

Selain itu, yang menguatkan saya dan rakan-rakan untuk menapak dalam bidang bisnes ini ialah mentor kepada mentor-mentor kami. Kiranya macam nenek moyang kami la dalam susur galur bisnes ni. Mereka selalu turun padang buat kelas-kelas motivasi, kelas-kelas produk, kelas-kelas di telegram dan whatsapp supaya saya dan rakan-rakan dapat terus berada dalam track bisnes yang betul, dan tak mudah dibaham oleh cabaran luar.

Antaranya ialah usaha Master Laila yang buat tour GLC nya yang super best. Dan PM Cery, membuka Faizworld Training Centre di Bangi. Setiap minggu ada je training tentang bisnes, motivasi dan produk dibuat. Speaker pun best2 dan berpengalaman. Dan pengalaman paling best ialah dapat jumpa PM Cery sendiri, dan dengar motivasi daripada beliau face to face. Selama ni saya selalu follow blog dan facebook PM Cery je. Hehehe. Sekarang, tiap-tiap minggu rasa wajib pegi Faizworld. Hehe

Training tentang produk bersama Nutritionist Shaklee yg cantik, Cik Sarah

Sifu-Sifu Blogspot

yeay! 1st time jumpa berdebar habis, Macam jumpa artis. haha


Amanat PM Cery yang paling tak dapat saya lupakan ialah dia suruh ajar orang lain apa saja ilmu yang kita dapat. Dengan cara itu, kita akan lebih yakin dan kuat, dan ilmu tu akan tersebar kepada orang lain.

InsyaAllah, setiap kali pulang dari training, pasti saya akan dapat pengalaman dan ilmu yang sangat berharga. Dan kini saya makin yakin, inilah sebabnya Nabi SAW amat menggalakkan ummatnya untuk berbisnes!





p/s: sesiapa nak cari tempat untuk training?

KALAU NAK SEWA, BOLEH HUBUNGI;

FAIZWORLD TRAINING CENTRE
D-12-3, BLOK D
PARAGON POINT 2
SEKSYEN 9
JALAN MEDAN PB5
43650 BANDAR BARU BANGI

emel : training_course@faizworld.com
tel: 03-89289799, 016-9219110
Berikan sokongan penuh anda dengan klik LIKE
page FB : facebok.com/faizworldtrainingcentre

No comments