Iklankan di sini

Home Remedy Untuk Anak Demam, Selsema Dan Batuk Berkahak

HOME REMEDY

Apa yang ibu-ibu buat kalau tiba-tiba anak demam, selsema atau batuk sehingga mengganggu tidur mereka? Saya sangat menggalakkan home remedy ni.

Kita cuba GARLIC OIL & SOCKS.

Caranya;

1. Ambil seulas/2 ulas bawang putih (bersama kulit)

2. Panggang di atas api dapur selama beberapa saat.

3. Be careful masa ni, kulit bawang putih akan terbakar dan berbau hangit sedikit. Panggang kejap je.

4. Tumbuk bawang putih tersebut bersama kulit dan masukkan dalam satu bekas tupperware bertutup. 

5. Letak minyak zaitun/minyak masak (yg belum digunakan) sedikit (satu sudu) dan gaul dengan bawang putih tersebut. 

Cara penggunaan;

1. Sapu bahagian dada dan belakang badan anak sambil selawat/baca doa Syifa'.

2. Sapu pada tapak kaki anak..sambil ulangi berselawat/berdoa.

3. Kalau anak dah tidur, cuba pakai stokin dan letak serpihan garlic yg ditumbuk tadi dalam stokin tersebut..

Semoga membantu ibu-ibu. Banyak kali dah saya xuba dan alhamdulillah tak perlu ke klinik sebab esoknya atau 2 hari lepas tu dah baik, biiznillah.

ibuikram.com

No comments