Iklankan di sini

Serangan Panik : Berjuanglah. Kita NORMAL!

Bismillahirrahmanirrahim.

Entry kali ini amat menyentuh jiwa saya. Saya tidak pernah menyangka Rab Yang Agung akan meletakkan saya dalam situasi seperti ini.

Allah Maha Hebat telah tunjukkan saya satu lagi juzuk kehidupan yang ada diantara banyaknya juzuk hidup di dunia ni.

Siapa sangka, wujudnya satu keadaan psikologi manusia yang dipanggil panic disorder, dan saya salah seorang yang pernah merasainya.

Panic disorder bukanlah penyakit fizikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Ia adalah satu ketidakseimbangan perasaan dan pemikiran yang mana datang rasa cemas dan takut secara tiba-tiba. Ia membuatkan seseorang rasa nak melawan, nak lari atau nak mati. Akibatnya, ia memacu rangkaian refleks psikologi seperti sakit dada, gastrik, pening, loya dan lemah badan. 

Gejala-gejala ini ada saya terangkan di Sini
Serangan panik biasanya disebabkan oleh peristiwa pahit seperti kematian orang tersayang, kemalangan mengejut, penggunaan dadah tak terkawal atau ibat ubatan tertentu.

BOLEHKAN PANIC DISORDER INI SEMBUH?

Serangan pertama biasanya disebut panic attack. Serangan berkali kali menunjukkan individu tersebut telah mengalami panic disorder. 

Ia mampu DIKAWAL dan DIKURANGKAN. Kesembuhan total? Terpulanglah pada Allah.

SAYA SEMBUH DAN BEBAS SERANGAN PANIK / PANIC ATTACK?

Pertama kali saya kena memang rasa sangat teruk. Tak boleh makan, gastrik teruk, fokus pada bisnes terganggu, lemah badan, murung. Malah ia menjadikan hubungan saya dengan keluarga jadi tak ceria. 

Apa yang saya buat untuk lawan?

1. Serahkan jiwa, takdir dan segala ketentuan hidup pada Allah. Yakin bahawa segala bahaya, sakit, ajal dan kesusahan otu datangnya dari Allah. Maka berdoalah agar Allah mengangkatnya dari kita. Berdoalah agar Allah sembuhkan.

2. PANIK LAWANNYA TENANG!
Ya, saya mesti cari ketenangan. Hampir seminggu tak boleh tidur. Stress dan takut. Akhirnya saya decide untuk tak stress. ENJOY! Allah tak bagi izin saya tidur mungkin sebab Dia nak dengar rintihan tahajud saya. Taubat saya. So saya solat taubat, tahajud, hajat. Lepas tu saya baca Quran dan baca maknanya. Sungguh tenang! Saya dapat fokus dan tolak semua gangguan fikiran negatif perlahan-lahan. Saya baca sampai saya tak sedar yang saya tertidur! Alhamdulillah. Walaupun susah dan berhari-hari cuba, tapi akhirnya saya dapat keluar dari serangan. 

3. MANDI
Mandi dan wudhu sangat membantu. Selalunya ia melegakan sakit kepala, pening tegang leher dan dada yang tak selesa. Mandi air suam lebih baik. Tak kira waktu, kadang2 bila terjaga dan kena serangan tengah malam pun saya akan mandi.

4. BERKASIH SAYANG, FOKUS PADA KEGEMBIRAAN DAN TOLAK FIKIRAN NEGATIF

Individu yang kena serangan panik ada kaitan dengan hormon serotonin dalam otak. Saya bukanlah doktor nak terangkan detail, tapi ini secara bahasa kita orang biasa. Hormon serotonin kita yang kena serangan jadi rendah.

Berikut sedikit penerangan tentang hormon serotonin.

Apa Peran Serotonin dalam Tubuh?
Sebagai neurotransmitter, serotonin membantu menyampaikan pesan-pesan dari satu tempat ke tempat lain dalam otak. Karena sel-selnya terdistribusi secara luas, serotonin dipercaya mempengaruhi berbagai fungsi psikologis dan fungsi tubuh lainnya. Dari sekitar 40 juta sel otak, sebagian besar dipengaruhi secara langsung atau tidak langsung oleh serotonin. Pengaruh serotonin ini berkaitan dengan mood, hasrat seksual, fungsi seksual, nafsu makan, tidur, ingatan dan pembelajaran, pengaturan temperatur,  dan sifat-sifat sosial.
Dalam hal fungsi tubuh, serotonin juga mempengaruhi fungsi sistem kardiovaskular (jantung dan pembuluh darah), otot, dan berbagai elemen dalam sistem endokrin. Serotonin juga berperan dalam produksi susu pada wanita hamil dan melahirkan.
Perubahan kadar serotonin dalam otak dapat mempengaruhi mood. Beberapa obat antidepressant mempengaruhi kerja serotonin, misalnya untuk mengobati depresi.
Sekitar 80% dari total serotonin dalam tubuh terdapat dalam usus, dalam sel enterochromaffin yang berperan dalam mengendalikan gerakan usus. Sisanya dibuat di neuron serotonergik dalam sistem syaraf pusat.
Dalam beberapa jenis sel tertentu, serotonin bertindak sebagai faktor penumbuh yang berperan dalam penyembuhan luka.
Serotonin juga mempengaruhi perasaan kasih sayang. Berdasarkan studi,  seseorang yang memiliki aktivitas serotonin lebih rendah memiliki perasaan kasih sayang tidak sebaik orang yang memiliki aktiviti serotonin normal.
=====================================
Saya ada amalkan supplement untuk tingkatkan serotonin ni. Saya juga amalkan BComplex. Alhamdulillah ia sangat membantu menenangkan. At least kita tak perlu bergantung pada ubat penenang.

Tapi yang lagi penting ialah, kena LATIH DIRI UNTUK POSITIF DAN GEMBIRA. Secara tak sedar, apabila terkena serangan, kita lebih banyak termenung dan muram.

So cepat cepatlah senyum dan bangun beraktiviti. Masak, main dengan anak-anak, bersukan, jalan-jalan, kerja, berjemaah ke masjid, ikut program agama, baca buku-buku motivasi, macam-macam boleh buat.

InsyaAllah, semua ini sangat membantu. saya harap dengan perkongsian ini, ianya dapat membantu anda atau sesiapabyang anda kenal, yang mengalami panic disorder ini.

Jika ada yang nak berkongsi cerita atau nak tahu apa pemakanan yang saya amalkan setiap hari bagi mengatasi panic attack, boleh hubungi saya di 0133441609.

No comments