Iklankan di sini

Toilet train anak anda

Anak dah nak masuk 4 @ 5 tahun pun masih pakai pampers? Huhu.. 


Anak pakai pampers, memang senang dah memudahkan kerja kita. Tak kalut asyik nak kena bawak pegi toilet, risau bersih ke tak, dan tak risau bocor merata-rata.


Toilet training


Tapi, sebenarnya selagi tak dilatih untuk bebas diapers/pampers, lagilah susah nak urus masa dia dah besar nanti. Sekolah pun tak nak terima anak-anak yg 4 tahun ke atas yang masih bertandaskan pampers.


Toilet train


Ohhh saya dah rasa penat train anak untuk ke tandas. Minggu pertama, hari-hari basuh karpet! Haha. Dah jgn cakap banyak meh saya share je terus pengalaman saya sendiri train anak bebas pampers ;)

[TIPS MEMBEBASKAN ANAK-ANAK DARI PAMPERS]

1. Perkara pertama kena buat ialah, beli seluar kecik. Panties la sayang. Amat penting sebab anak akan rasa pelik bila pakai seluar tanpa pampers. Lagi2 anak lelaki. Alahaii. Pelik bin ajaib lah bila pegang bibird n bebola dia. Huhu. Anak saya kagum tahap melopong bila terpegang bebola sendiri. Siap jerit, ibu, telur! Uppps!
Jangan biarkan. Kalau tak nanti akan jadi habit. Awal-awal memang dia rasa tak selesa. So bagi pakai panties selalu. Kena beli banyak tau. Sebab terbabas tu memang lumrah sepanjang tempoh training. Anak saya pecah record 5 helai sehari. Muahaha

2. Gulung dan simpanlah segala karpet mahal ibu-ibu. Ini bagi mengelakkan anda menangeh kesedihan tengok karpet lawa anda kena wee wee or poo poo. Tips saya, pakai karpet patchwork je buat sementara. Patchwork tu senang boleh basuh pakai mesin basuh je. Sampai lusuh dah patchwork saya. Tapi demi anak, redha je la.

Patchwork carpet


3. Ibu kena rajin! Rajin tanya dan rajin bawak gi toilet.  Kena set dalam minda. Penat train anak tu biasa. Jangan stress dan marah-marah. Jangan anggap anak tu dah reti. Dia tu baru berapa tahun hidup kat dunia. Kita yang dah lama hidup ni yang kena sabar ajar. Kalau kita marah-marah tanpa ajar dengan betul-betul dan sungguh-sungguh, kita la yang tak cerdik betul tak.
Ajar step by step. Kerapkan tanya, dalam setengah jam sekali, adik nak kencing? Adik nak kencing? Lepas tu bawak je gi tandas. Budak-budak mana tau apa lagi. Anak saya tiap kali tanya mesti jawab taknak. Tapi bila bawak gi toilet, haa berderai jugak wee wee nya.

4. Bercerita, dengan nada lembut dan supportive. Ibu Ayah kena selalu cakap kenapa nak kena wee wee dan poo poo kat toilet. Antaranya boleh cakap najis ni kotor, tempat buangnya dekat toilet. Atau cakap, adik dah besar, pampers tu untuk adik-adik baby je. Mereka akan faham, dan ingat. InsyaAllah.

5. Puji-pujian. Puji setiap kali anak-anak berjaya beritahu "ibu, nak kencing kat tandas!" Bawa ke tandas, suruh cangkung dan buat bunyi sshhhhhhhhhhh suruh dia wee wee. Once dia wee wee, cakap baguuus! Dah pandai kencing kat tandas!

Harapnya tips ni membantu ibu-ibu yang nak latih anak-anak ke tandas, tak perlu bergantung ada pampers dah. Hehe

Anak-anak kerap demam, selsema, batuk?
Jangan biarkan! Kita tak tahu paru-parunya ok ke tak kan. 
Pm saya untuk tips anak sihat.
0133441609

No comments