Iklankan di sini

Bayi kerap terjaga tengah malam

Proses dalam pantang ialah proses penuh cabaran. Saya panggil taaruf week/month. Hehe macam masuk universiti pulak.

Ya lah. Sebab masa ni suasana yang baru, orang yang baru dan peringkat yang baru untuk ibu, anak dan tak lupa juga untuk si ayah.

Semua kena kontrol stress, enjoy the moment. Sebab kalau pandai kawal, insyaAllah, semuanya akan jadi moment yang INDAH.

Peringkat awal, anak akan kerap menangis dan susah tidur. Jangan bimbang, ianya normal. Anak baru kenal dunia. Dalam perut, dia rasa secure. Jadi beri kasih sayang dan belaian.
Banyakkan ilmu tentang penyusuan. WAJIBKAN SUSU IBU, HARAMKAN SUSU FORMULA at least 6 bulan pertama. Sebab fasa ni menentukan kesihatan dan kekuatan dalaman anak kita.
SUSU IBU adalah yang terbaik. Tapu bapa mesti cukupkan keperluan ibu-ibu. (Bincang lebih lanjut keperluan ibu berpantang dan menyusu secara live dengan saya di 013.344.1609).
Berbalik pada isu kita, kenapa anak kerap menangis dan tak tidur malam?

=================================
3 bulan pertama, anak baru nak cari rentak waktu tidur dan waktu menyusu. Train bayi anda. Susu badan tak perlu banyak. Anak tak minum bergelas2 macam kita. Awalnya, 1-2 oz setiap jam dah ok.
Allah tak kejam. Susu ibu baru nak terbentuk, perut anak pun masih kecil. Cantik kan perjalanan Allah bagi. Doa selalu Allah cukupkan susu untuk bayi anda. Selalu bagitau bayi, susu ibu cukup untukmu sayang.. Minumlah.

Itulah sikap positif yang tak semua ibu amalkan. Maintain suasana positif dan gembira. Sebab ibu ada hormon prolaktin yang penting dalam penghasilan susu.

Selain itu, penting sangat untuk anda mengamalkan nutrisi lengkap, nutrisi utk bantu aliran susu lancar, nutrisi untuk elakkan bengkak susu serta nutrisi untuk tenaga sepanjang hari.
Sembang-sembang dengan saya tentang nutrisi ini, saya sudi berkongsi.

013.3441609
ibuikram



No comments