Iklankan di sini

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum.
Buntu nak bawak anak gi mana cuti sekolah ni? Ni ada 1 cadangan yang best. Spend masa dari pagi sampai petang pun
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Sebelah je dengan KG SAAS. Waze je. Hehe. Kalau pergi terus masuk ke Kidz Zone tau. Untuk anak-anak dewasa kena naik atas. Yang bawah ni untuk ibu bapa dan kanak-kanak sahaja.
Ada aktiviti macam-macam! Antaranya:
-Aktiviti pelbagai setiap hari oleh staff Perpustakaan. Macam baru ni kami sampai dekat tengahari dah. Tapi ada aktiviti coloring contest dan Puppet Show. Lain hari lain aktiviti. Tengok jadual yang saya sertakan.
-Sewa komputer untuk anak-anak belajar atau nonton  ni saya tak suka sangat sebab rasa rugi boleh tgk kat rumah. Hehe. Terpulang kalian.
-Xbox. Yang ni best. Anak-anak teruja dan boleh belajar berkawan.
-Buku of course! Ikram rambang mata kalau datang sini. Segala buku dia nak. Get ready lah ibubaba jadi storyteller.
-Tayangan movie. Yang ni ok la sebab tengok ramai ramai dan cerita ada pekdah sikit. Kalau tak anak-anak asyik nak Otromen Boboboy ehhhh elergik plak rasa dengar. Haha
-Lepak. Sembang-sembang n having family time kat sini.
-Pusing tasik. Parking jauh pun takpe sebab staff akan round naik buggy. Bawak pusing Perpustakaan yang landskapnya sangat lawa dan hijau (landskap Shah Alam memang lawa!). Ada tasik dan bukit hijau hijau.
Jom cuci mata. Antara pelbagai aktiviti di Perpustakaan Shah Alam ni. Korang kalau pergi sila la explore dari luar sampai ke dalam. Cafe kat belakang pun boleh tahan. Lake view giteww. 

No comments